Selepas debat isu TH netizen mula kantoikan Azeez

RAMAI PENING 3 LAPORAN AUDIT TH? – AZEZ sengaja bikin lagi pening ?

Ada 3 laporan.

a. Ernst Young (EY)
b. Price Waterhouse Coopers ( PWC)
c. Jabatan Audit Negara.
d. Bank Negara

Sebelum kita nak lihat spin Rahem ni, mari saya tuliskan perkara dan istilah yg penting bagi kita faham isu2.

1. Tabung Haji ( TH)

1.1 Standard pelaporan kewangan bagi pegangan ekuiti jika jatuh 20% nilainya melebihi 12 bulan (MFRS-9 para 136) maka kena istihar rugi dalam penyata pendapatan.

2. Standarf Perakaunan. Malaysia dan Dunia.

Adakah boleh sesebuah syarikat ubah polisi pengihtiharan aset dan liabiliti?. Ya boleh tetapi mesti berdasarkan peruntukan standard pelaporan kewangan disesebuah negara. Bagi Msia..kita kena ikuti Malaysian Financial Reporting Standard 9 (MFRS9) .

1.3 Satu prinsip utama laporan kewangan perakaunan dunia ialah mesti ada konsep konsisten ( ketekalan). Sebab kalau tak konsisten ianya akan beri maklumat yg salah kpd.pengguna penyata kewangan (proses perbandingan) dan akan mudah di ubah suai mengikut citarasa pengurusan syarikat.

3. EY

3.1 Mereka bukan auditor kpd TH. Baca bawah ni penjelasan EY.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/508127/amp

3.2 EY tidak mengaudit dokumen2 kewangan TH.

3.3 EY tidak langsung mengaudit Penyata Pendapatan TH. Tiada pengesahan dokumen2, tidak berpandukan nilai kos sebenar.

3.4 Malah EY hanya di beri Kunci Kira2 (KK) sahaja. Itu pun berdasarkan performa.

3.5 Apa kah maksud laporan Kunci Kira2 performa yg diberi kepada EY?. Ianya merupakan laporan Kunci Kira2 yg disediakan oleh pengurusan TH tanpa nilainya di audit dan disahkan oleh EY. Apa yg diarahkan oleh TH hanyalah memberi penilaian kesan pelaburan dan ekuiti berdasarkan penyata performa yg diberi kpd EY. Itu sahaja.!!

3.5.1 Makanya dalam laporan performa tersebut, TH telah pun merubah2 nilai ambang 20% tidak konsisten setiap tahun malah menaikkan nilai ambangnya sehingga 95% berbanding standard perakuanan nya hanya 20%. Lihat penerangan dibawah berkaitan kerugian pegangan saham FGV dan Malakof.

Malah 2017, nilai ambang ni dari 75% ditukar 2 kali iaitu ke 85% dan 3 hari kemudian ke 95%. Ini lah nilai Kunci Kira2 yg diberi oleh azez kpd EY!!.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/549862/amp

Jadi, disinilah azez ni spin mengatakan laporan EY ni telah sahkan pemberian dividen bawah beliau itu betul.

3.4 EY juga menyatakan, mereka bukan sahaja tidak melihat penyata pendapatan, mereka juga tidak melihat kepada akta TH berkaitan seksen 22 akta TH 1995, mengenai syarat wajib pemberian dividen. Sebab? Kerana EY bukan menjadi auditor kpd TH!!!.

3.4.1 Itu lah sebab nya mereka dengan jelas menafikan laporan Azez dengan menyatakan laporan mereka tidak boleh digunakan untuk pengiktirafan dividen .

4. JABATAN AUDIT NEGARA.( JAN)

4.1 TH merupakan badan berkanun..ditubuhkan di bawah akta parlimen . Bukannya dibawah akta syarikat dsbnya..

4.2 Oleh yg demikian, badan berkanun yg akan mengaudit adalah Jabatan Audit Negara.

4.3 Baca lah laporan JAN..2017 pun mereka telah maklumkan sikap pengurusan TH yg tidak konsisten dalam isu pengiktirafan kerugian. Beratus juta kerugian anak syarikat tidak di iktiraf dalam penyata pendapatan TH. (Ni zaman BN tau..bukan zaman PH ounya ketua audit negara.)

4.4 Bukan itu sahaja… bank negara selaku penasihat kerajaan terutama melibatkan institusi dana awam..bertahun2 sejak zaman Bn (2015) lagi telah menegur kesalahan penyata kewangan TH.

4.4 JAN walaupun mengaudit TH, mereka tidak mengaudit kesemua anak2 syarikat TH. Anak2 syarikat TH diaudit oleh auditor swasta berdasarkan akta syarikat. Itu sebab dalam laporan Ketua Audit Negara ..akan ditulis ketidakbertanggungjawaban atas laporan anak2 syarikat. LAMPIRAN A.

4.6 Dalam ringkasan laporan audit mana2 syarikat atau entiti pun..perkara paling kita nak lihat ialah jika ada item Emphasize Of Matter (EOM) ( perkara yg perlu diberi perhatian) yg ditulis. Dan Jan telah menekankan tentang EOM berkaitan isu tidak konsisten TH menggunakan standard perakaunan iaitu TH tidak mengambilkira kerugian anak2 syarikat berjumlah beratus juta (ni baru 2017 sahaja, belum terkumpul). LAMPIRAN B

4.7 Mengapa lambat laporan kewangan 2018 dan 2019? .

4.7.1 Sebab sop nya, 2018 akan di audit dalam 2019. Dalam tahun 2019 setelah diaudit oleh JAN, kena bentang dulu di parlimen sebelum boleh di keluarkan rasmi dan detail untuk umum. Jika terlepas sesi parlimen maka lambat lah keluar kerana tunggu pula persidangan parlimen yg lain. Malah 2019, TH juga sedang membuat audit semula dengan PWC. Jadi pengurusan baru akan banyak perkara perlu di selesaikan. Sprt kata Mujahid, mereka telah rancang untuk bentang diparlimen pada mac 2020. Malangnya abah dah tebuk atap namun ujar beliau lagi, laporan dah ada ditangan menteri agama PN sekarang. (So desaklah abah you all…bukan tanya lagi kpd PH. )

5. PWC

5.1 Untuk mendapat pandangan yg bebas dari segi audit ( pihak luar dan bukan sahaja JAN), TH di bawah mujahid, telah minta PWC jalankan audit khas detail kewangan.

5.2 Jadi penemuan PWC adalah sama sprt apa yg dirisaukan oleh JAN pada 2017 dan Bank Negara bertahun lamanya sebelum PH jadi kerajaan pun lagi. Malah banyak pememuan salah urus tadbir dijumpai. Termasuk isu penjualan tanah sawit TH 80 ribu hektar di Riau dll.

6. Bank Negara

6.1 Selaku badan kerajaan yg memantau isu2 berkaitan pendeposit awam, mereka telah lama mengeluarkan amaran rasmi kpd TH sekurang2nya sejak 2015 berkaitan kesalahan pemberian dividen ini. LAMPIRAN SURAT

6.2 Kabinet PH telah mengekalkan Tabung Haji juga akan di kawal selia oleh Bank Negara.

So azez rahim, lain kali pastikan istilah2 perakaunan dan standard perakaunan difahami sebelum berdebat. Kalau tidak macam malam tadi lah..hanya sentimen je hujahnya . Nampak sangat autanya.

Sedangkan perakaunan adalah berkenaan standard piawaian , fact and figure!!

Sumber: