Selamat Hari Wanita, statistik tunjuk seorang gadis dirogol setiap 10 minit

Selamat Hari Wanita, statistik tunjuk seorang gadis dirogol setiap 10 minit. Seorang wanita dirogol setiap 10 minit dan seorang bayi perempuan dibunuh setiap tujuh jam di Brazil.

Laporan yang dikeluarkan semalam oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Forum Keselamatan Awam Brazil itu diterbitkan sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Angka yang mengejutkan itu mendorong anggota panel kajian terbabit menggesa pihak berkuasa dan kerajaan bertindak segera menangani jenayah terbabit.

‘Hari Wanita Antarabangsa’ di La Paz, Bolivia. – Foto EPA

Seorang wanita memanjat pagar Jabatan Mahkamah berlatarkan dinding dilekat poster dan potret maklumat mengenai tertuduh kes rogol dan bunuh selain hakim serta pendakwa raya yang sering membebaskan tertuduh kes jenayah terhadap wanita atau pembunuhan bayi perempuan, ketika protes

Menurut NGO itu, kadar kes rogol di negara Amerika Selatan meningkat 3.7 peratus pada 2021 kepada 56,098 kes.

Pengarahnya, Samira Bueno, berkata, pembunuhan bayi perempuan pula berkurangan 2.7 peratus tetapi jumlah keseluruhan 1,319 pembunuhan pada tahun berkenaan, masih satu angka yang mengejutkan.

Gambar Hiasan 

“Meskipun berlaku pengurangan kecil pembunuhan bayi perempuan, jumlahnya masih terlalu besar.

“Angka ini menuntut ketegasan dan pelaksanaan dasar awam bagi melindungi mangsa selain mencegah dan mendepani keganasan terhadap wanita serta gadis disegerakan di Brazil,” katanya dalam satu kenyataan.

Kajian itu dibuat hanya berdasarkan laporan polis rasmi dan angka sebenar sudah pasti jauh lebih tinggi, tambah Bueno.

ia juga mendapati 2020 mencatatkan peningkatan tinggi kes pembunuhan bayi perempuan antara Februari hingga Mei, ketika perintah berkurung dikuatkuasa dengan ketat akibat ancaman pandemik COVID-19. – AFP

Baca:

Ruhainies dilihat ‘over’ buat adegan ‘dewasa’ dengan pelakon lelaki

Tengku Zafrul akhirnya jawab tuduhan Leissner kaitkan namanya dengan TIA

Sotong Frozen dibuat daripada dubur babi jadi perdebatan hangat rakyat Malaysia