Segala jenis serangga mesti takut nak masuk rumah kalau ada benda ni, DIY sendiri je!

SETELAH seharian penat berkerja, pastinya kita ingin pulang ke rumah dan berehat tanpa sebarang gangguan.

Tiba-tiba ternampak pula serangga perosak seperti lalat dan lipas yang entah dari mana datangnya!

Jangan risau, melalui satu posting @rasa.my di laman TikTok, ada dikongsikan petua do it yourself (DIY) untuk menghalau serangga-serangga ini.

Segala jenis serangga mesti takut nak masuk rumah kalau ada benda ni, DIY sendiri je!

Teknik pertama.

Guna rempah-ratus

Bahan-bahan:

1) Bunga lawang

2) Cengkih

3) Lada hitam

4) Minyak angin

Langkah-langkah:

1) Masukkan kesemua rempah ratus ke dalam kain jaring.

2) Selepas itu, masukkan beberapa titis minyak angin ke dalam campuran rempah ratus itu.

3) Bunjutkkan ia dan letak di tempat yang selalu ada serangga perosak.

Teknik kedua.

Guna buah limau

Bahan-bahan:

1) Pencungkil gigi

2) Cengkih

3) Lilin

4) Limau

Langkah-langkah:

1) Belah limau kepada dua bahagian.

2) Cucuk cengkih di atas permukaan limau yang sudah dibelah.

3) Kemudian cucuk pula pencungkil gigi, jarakkan sedikit dari cengkih tadi.

4) Letakkan lilin di tengah-tengah dan tutup dengan satu lagi bahagian limau di bahagian atas.

Selamat mencuba dan semoga bermnafaat!

Baca juga: Isteri pilot geram dedah muka penyondol, suami dah 6 kali lupa nak padam whatsapp