SEBAK : Permaisuri Agong Tak Dapat Tahan Air Mata Disambut Rakyat Sabah

Baru-baru ini di Instagram @istana_negara, pihak mereka ada memuat naik video memaparkan Tunku Azizah menangis sambil menzahirkan rasa terharu kerana mendapat sambutan hangat setelah tiba di Tawau, Sabah.

Difahamkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di Sabah sempena program Kembara Kenali Borneo yang berlangsung sejak semalam.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut berasa terharu kerana rakyat Sabah sanggup berlari untuk bertemu dengan Tuanku dan Permaisuri.

komen

komen

Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang menitipkan doa buat baginda berdua agar sentiasa di rahmati oleh Allah SWT.

Baca Selanjutnya :