‘Saya tak culik hanya rindu anak’ Noh Salleh perjelas isu culik anak sendiri

Penyanyi Noh Salleh membantah dakwaan yang menyatakan dia telah melarikan anak angkatnya, Musa, dari jagaan bekas isterinya, Mizz Nina, dan memberikan penjelasan untuk membersihkan namanya.

Noh, 39, menegaskan bahawa dia mendapat hak jagaan Musa melalui saluran undang-undang yang sah dan tidak terlibat dalam sebarang penculikan.

“Saya nak menyangkal mengenai cerita itu, tiada penculikan langsung… Saya diserahkan oleh ibu kandung (Musa) untuk menjaganya dengan rela hati.

'Saya tak culik hanya rindu anak' Noh Salleh perjelas isu culik anak sendiri

Amanah dia diserahkan kepada saya, bukan ada perebutan, tapi mengikut dokumen dan undang-undang. Sekarang Musa memang di bawah jagaan saya, dia tengah gembira sekarang,” katanya.

Noh juga menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap fitnah yang telah tersebar dan menyebabkan namanya tercalar. Beliau menjelaskan perkara ini dalam temu bual program Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Menurutnya, beliau tidak pernah ditangkap oleh pihak berkuasa, dan kunjungannya ke balai polis adalah untuk memberikan keterangan mengenai kejadian sebenar.

Penyanyi tersebut juga menyatakan bahawa dia telah cuba untuk menurunkan ego dengan menghubungi Mizz Nina untuk berbincang mengenai keadaan Musa, tetapi usaha tersebut tidak berjaya.

Noh menekankan keutamaannya adalah untuk mencari jalan damai di antara mereka, khususnya demi kebajikan anak mereka.

Pada Januari lalu, media melaporkan insiden di mana seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita, dan kejadian tersebut dikaitkan dengan bekas suaminya, Noh Salleh.

Pasangan selebriti ini bercerai pada Ogos 2022, dan Noh kini telah berkahwin dengan Fatin Athira Mustapa pada September tahun lalu.

Baca Juga : Tak main la artis, jadi orang kayalah pilihan artis ini