Santos, Ronaldo, dan konflik Portugal

Santos, Ronaldo, dan konflik Portugal. Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meninggalkan rakan sepasukannya yang sedang meraikan kejayaan di atas padang dan berjalan berseorangan menuju ke terowong selepas tamat perlawanan menentang Switzerland.

Portugal menang 6-1 dalam aksi 16 terakhir awal pagi tadi dan akan menentang Maghribi Sabtu ini.

Ronaldo disisihkan pengurus Fernando Santos selepas dia tidak berpuas hati susulan digantikan ketika menentang Korea Selatan.

Santos, Ronaldo, dan konflik Portugal

Santos tidak gembira dengan sikap kaptennya itu dan tidak menurunkannya, sebaliknya memberi peluang kepada pemain muda Goncalo Ramos tampil dalam kesebelasan buat kali pertama.

Ramos membalas kepercayaan itu dengan cemerlang apabila meledak hatrik sambil disaksikan Ronaldo di bangku simpanan.

Bintang veteran dimasukkkan ketika permainan berbaki 17 minit dan kedudukan 5-1. Dia berjaya menjaringkan gol tetapi dibatalkan akibat ofsaid terlebih dahulu.

#image_title

Ronaldo tidak menunggu lama selepas tamat perlawanan dan menjadi pemain Portugal pertama menuju ke terowong.

Dia sempat melambai pantas ke arah penyokong Portugal sebelum bergegas ke bilik persalinan manakala rakan sepasukan masih lagi bergembira di atas padang.

Selepas tamat perlawanan, Santos menafikan dia menggugurkan Ronaldo kerana mempunyai konflik peribadi dengan bekas bintang Manchester United itu.

BACA JUGA:

‘Semput dibuatnya…’ – Netizen hangin aksi Da’i Syed dan Isteri

Bermula Disember Ini, Rakyat Malaysia Segera Tuntut Bantuan Automatik RM700

KSU Perbendaharaan dilapor dicutikan, ada kemungkinan tukar