SABAR : Video Calon PN Maki Hamun Orang Tua Tular, Akhirnya Ahli Keluarga Tampil Maklumkan Perkara Sebenar

Sebelum ini, tular di platform Twitter apabila salah seorang pengguna memuat naik sebuah video memaparkan tindakan Exco Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nor Azah Abdul Aziz sedang ‘mengamuk’ di sebuah rumah.

Menerusi hantaran tersebut, Nor Azah yang juga seorang calon Perikatan Nasional yang bakal bertanding tidak lama lagi di Pulau Pinang dilihat sedang naik minyak dan memarahi individu yang berada dalam rumah terbabit.

Malah, turut jelas kedengaran beliau mengeluarkan kata-kata kesat sambil ‘menghempas’ bendera dan terdapat seorang lelaki warga emas berada di pintu berkenaan.

“Orang tua takdak akai, tak sedar diri. Hei, pukimak hang. Tua tak sedar diri.
“Hang ambik video pukimak hang pasaipa? Benda ambik video, buat malu dalam Facebook. Ni aku mai, aku beranilah cari hang. Cibai,”amuknya.

Tak tahu pasal apa

Pun begitu, punca Nor Azah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Bukit Gelugor mengamuk di rumah berkenaan tidak dapat dikenalpasti. Namun, individu dikenali Rozy Razit berharap agar menghormati semua orang lebih-lebih lagi bakal bertanding tidak lama lagi.

“Tak tahu pasal apa. Tapi marah macam mana pun, jangan maki hamun orang macam tu kak oiii. Nak jadi pemimpin kita kena hormat semua orang.


“Marah macam mana pun, jangan dimaki. Baru orang hormat kita. Itu sahaja nak ingatkan pada semua bakal-bakal calon tak kiralah dari mana-mana parti,”ciapnya.

Dah selesai, hanya masalah keluarga

Sementara itu, difahamkan masalah tersebut telah pun diselesaikan secara baik dan ia sebenarnya salah faham yang timbul antara dalam keluarga.

“Hanya salah faham. Semata-mata salah faham, tiada apa-apa pun. Kami lani (sekarang) dah okey, tiada sebarang masalah,”ujar sepupu Nor Azah.

Pihak Oh My Media cuba mendapatkan penjelasan daripada beliau, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas.