Sabah bakal tumbang : PN dakwa perolehi majoriti

Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau sudah memiliki majoriti mudah dari 65 ADN Sabah untuk mengambil alih Kerajaan.

Dalam satu kenyataan kepada media, beliau menyatakan akan menghadap Tuan Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri bagi menyampaikan Akuan Bersumpah sokongan berkenaan.

Beliau juga menjelaskan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menghadap Tun Juhar bagi memaklumkan berkenaan pembentukan gabungan blok politik baharu tersebut.

Berita Penuh :  https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/07/29/musa-aman-claims-to-have-simple-majority-to-take-over-sabah-govt