Rupanya Yamal pernah dimandikan Messi, patutlah power

Ketika Joan Monfort mengambil gambar Lionel Messi bersama seorang bayi untuk kalendar amal hampir 17 tahun yang lalu, dia tahu pemuda berambut panjang itu akan berjaya dalam bola sepak.

Namun dia tidak pernah membayangkan bahawa budak kecil itu juga akan berjaya.

Bayi dalam gambar itu yang kini tular adalah tidak lain daripada Lamine Yamal, remaja Sepanyol yang pada usia 16 tahun sudah menunjukkan kehebatannya dan dibandingkan dengan barisan pemain hebat.

Menjadi pemain termuda yang pernah beraksi untuk Sepanyol, dia juga muncul pemain termuda dalam Kejohanan Eropah di Jerman.

Foto yang dirakam pada tahun 2007 itu tular semula selepas bapa Yamal menyiarkannya di Instagram minggu lalu dengan teks: “Permulaan dua legenda.”

Monfort, 56, yang bekerja sebagai jurugambar bebas untuk Associated Press (AP) dan lain-lain berkata, sesi penggambaran itu berlangsung di bilik persalinan pelawat di Camp Nou Barcelona pada musim luruh tahun 2007, ketika Lamine Yamal baru berusia beberapa bulan.
ADVERTISING

Barisan pemain Barcelona bergambar dengan kanak-kanak dan keluarga mereka untuk kalendar sebagai sebahagian daripada kempen amal tahunan oleh akhbar tempatan, Diario Sport dan Unicef.

Monfort bertanggungjawab untuk sesi penggambaran itu dan kebetulan Messi dipasangkan dengan keluarga Lamine Yamal. Ibunya, yang berasal dari Guinea, berada di sebelah Messi dan bayi berkenaan dalam salah satu gambar lain.

“Kami membuat kalendar dengan bantuan Unicef. Jadi Unicef mengadakan cabutan bertuah di kawasan kejiranan Roca Fonda di Mataro, tempat keluarga Lamine tinggal.

“Mereka mendaftar untuk cabutan bertuah itu untuk mengambil gambar di Camp Nou bersama pemain Barca. Dan mereka memenangi cabutan bertuah itu,” kata Monfort.

Jelas Monfort lagi, ia bukan tugas yang mudah kerana Messi tidak pasti bagaimana untuk berinteraksi dengan bayi itu yang berada dalam tab plastik untuk sesi penggambaran berkenaan.

“Messi adalah seorang yang agak introvert, dia pemalu,” kata Monfort.

Baca : Cikgu kena dakwa sebab tarik rambut pelajar