“Rupanya ramai peniaga bazar ramadan tak puasa, aku baru perasan benda ni”

Assalamualaikum semua dan selamat menyambut ramadhan. Harap admin sudi siarkan cerita ini. Tahun 2021, Bulan Ramadhan yang lepas, aku bekerja di sebuah Bazar Ramadan. Bekerja sebab nak tolong makcik aku yang meniaga sebab nak cari duit lebih untuk menanggung kos perubatan anaknya. Jadi sebagai pekerja, proses bermula dari buat kuih sebelah pagi hinggalah menjual kuih – kuih di bazar ramadan.

1. Tapak bazar ramadan. – Tapak bazar ramadan ni, sewanya tidak mahal.. Sewa RM8 untuk bayaran pembersihan. Tapak ini dikendalikan oleh Majlis Perband4ran setempat. Tapi keadaan tak sesuai sangat.

Tiada disediakan paip air, hanya pasang barrier tape merah putih, kon, meja untuk anggota RELA yang menjaga pintu keluar masuk, parking ikut suka kat mana – mana hingga sesak. Majlis mohon tapak meniaga ni sekadar nak memenuhi kantung poket dan kutip duit. Peniaga yang menyewa disini dalam 70 lebih orang.

"Rupanya ramai peniaga bazar ramadan tak puasa, aku baru perasan benda ni"

2. Peniaga. – Rata – rata peniaga di sini kebanyakannya peniaga bermusim. Bulan puasa jer meniaga, bulan – bulan biasa tak meniaga. Jadi rata – ratanya peniaga baru yang mencuba nasib. Kalau perasan, majoritinya adik beradik, sed4ra mara yang meniaga. Hujung sana abang dia jual roti john, hujung sini adik dia jual air balang. Tengah ni biras dia, selang dua khemah dua pupu dia jual lauk – lauk.

3. Per4ngai peniaga. – Sini plotnya bermula, peniaga – peniaga ni banyak yang tidak jujur, tak puasa, tak solat. Bukan majoriti, tapi kebanyakannya. Ada yang jual air balang, tapi tak puasa. Cara dia minum dan makan dalam van, bawah meja yang bertutup dengan kain alas tu.

Budak – budak muda yang meniaga air balang ni tak segan – segan minum dan makan. Alasannya penat, kering tekak menjerit – jerit panggil pelanggan. Tak pelik ker tengok peniaga ni segar bugar, tinggi betul tahap keimanan mereka tengok air balang berais – ais tu.

Ada yang tua pun tak puasa. Alasannya kalau puasa, buat juadah mungkin kurang sedap. Jadi kena makan dulu sebelum jual ke orang lain. Makanan banyak yang recycle balik, ayam golek, ayam bakar madu, kambing black pepper, kalau tak habis mereka akan simpan dan hangatkan balik hari esok.

Depan mata aku sendiri, dia hidupkan arang, panaskan balik atas bara api dan jual balik. Lauk – lauk yang boleh dijual balik macam ikan keli berlada dan ayam goreng. Tapak bazar ni memang jauh dari kedai – kedai lain. Jadi mereka ni tak nak tinggalkan khemah untuk pergi solat.

Pasang khemah pukuI 4 petang, mula berniaga sampai la maghrib. Pernah aku pantau waktu aku cuti solat (period), orang yang jual ayam bakar, air balang tak bergerak – gerak untuk solat walaupun dah nak masuk maghrib.

Makcik aku tegur peniaga – peniaga air balang untuk suruh pergi solat Asar. Selamba dia jawab “bukan urusan makciklah”. Makcik aku pernah nasihat supaya berpuasa tapi dia sengih mengejek pulak.

4. SOP kelaut. – Walaupun ada anggota RELA yang jaga kawasan keluar masuk, ramai yang malas beratur dan cross barrier tape merah putih belakang khemah peniaga – peniaga ni. Siap bawak kawan – kawan melepak dalam van meniaga untuk makan minum.

BerIindung sebalik kanvas, ada yang beli makanan khemah lain, makan terus di sebalik kanvas tu. SOP untuk pengunjung bazar untuk scan mysejahtera, tapi peniaga – peniaga ni tak scan pun sebab kami sampai awal dari anggota RELA.

Aku pernah persoalkan kepada anggota RELA tersebut berkenaan scan mysejahtera di kalangan peniaga – peniaga, dia cakap tak wajib sebab peniaga – peniaga ini orang yang sama je meniaga bulan Ramadhan ni. Ermmm..

5. Kebersihan. – Kebersihan memang out, seperti mana yang aku beritahu tadi, penganjur tidak sediakan paip air atau tempat basuh tangan. Jadi peniaga – peniaga hanya bawak bekas air sendiri untuk cuci peralatan, bekas – bekas.

Jadi anda sendiri boleh bayangkan bagaimana keadaan sebenar bazar ini. Basuh tangan dengan kerap seperti arahan KKM untuk mengelakkan jangkitan, hanyalah iklan sahaja. Disebabkan tiada tandas berdekatan, ada yang buang air kecil (kencing) di celah – celah semak.

Kemudian sambung meniaga macam biasa. Anda nilaikan sendiri. Glove pun tak dipakai semasa mengendalikan makanan, penganjur dah beri guideline supaya pakai PPE semasa aktiviti penjualan dan penyediaan makanan, tapi berapa ramai yang ikut.

Mujur face mask kena pakai waktu ni, itu pun sebab takut kena saman. Ini saja penceritaan pengalaman aku pertama kali meniaga dan mungkin yang terakhir. Banyak lagi cerita tak berapa enak di bazar ramadhan ni. – Mariamah Tijo (Bukan nama sebenar)

Baca juga: Sahabat baik Ruhainies risau keadaan artis itu sekarang, “dia banyak diam..”