Resepi Kuetiau Goreng simple tanpa letak garam dan gula

Resepi Kuetiau Goreng simple tanpa letak garam dan gula.

Suka makan Kuetiau Goreng? Resipi Simple perkongsian saudari Mariana Zainal ini pastinya boleh anda cuba.

Cukup mudah dan ringkas. Tak perlu menggunakan garam dan gula dalam masakan tapi rasanya tetap mantap!

Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

BAHAN-BAHAN:

2 paket kuetiau (lebih kurang
1kg) – basuh & toskan

Sedikit hirisan daging – boleh ganti dengan udang, sotong atau ayam

2 peket bebola ikan – potong, goreng sekejap dan toskan

3 keping tauhu – potong, goreng sekejap dan toskan

Taugeh

Daun kucai

Kicap masin secukupnya

1/2 botol sos cili – boleh lebihkan jika kurang rasa

3 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan (optional)

2 biji telur

BAHAN KISAR HALUS:

10 tangkai cili kering

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Sedikit air

2 senduk minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak kerana minyak sudah dimasukkan semasa kisar bahan tadi. Masak hingga naik minyak dan cili kisar masak elok.

2. Masukkan daging dan masak hingga daging lembut. Boleh guna daging batang pinang untuk menjimatkan masa.

3. Masukkan sos cili dan renjiskan kicap masin. Jumlahnya hingga agak-agak gelap sahaja.

4. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau rata.

5. Pecahkan telur. Kacau sekejap dan masukan bebola dan tauhu. Kacau rata.

6. Masukkan kuetiau. Gaul sebati. Jika warna kurang gelap dan kurang rasa, renjiskan lagi kicap masin. Sesuaikan ikut selera.

7. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau sekejap dan terus tutup api. Boleh tabur daun sup dan cili merah jika suka.

8. Kuetiau Goreng Simple sedia untuk dinikmati.

BACA JUGA:

Member nak pinjam duit, ikuti 5 alasan yang boleh diguna

Pembelian motosikal berkuasa tinggi, hanya lesen B penuh sahaja

Kuala Lumpur, lima negeri amaran banjir kilat