RCI TH : Dulu tibai hayun, sekarang baru tabayyun

Keputusan kerajaan untuk tidak menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat urus niaga Tabung Haji mungkin dibuat selepas ada perkembangan baru mengenainya, kata Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah.

Katanya, desakan yang dibuat oleh parti itu sebelum ini sebagai pembangkang kerana ketiadaan maklumat mengenainya.

“Mungkin ada perkembangan baru, sebab dulu kita sebagai pembangkang kita desak RCI sebab banyak maklumat yang kita tidak tahu. Jadi ada munasabahnya untuk kita desak.

“Sekarang kita dalam kerajaan, maklumat yang dulu tidak ada kepada kita, kini sudah ada.

“Jadi keperluan kepada RCI (Tabung Haji) sudah kecil, dulu kita di luar kita minta benda dalam rumah, sekarang kita dalam rumah boleh cari sendiri,” katanya kepada media di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Zulkifli Mohamad di Dewan Rakyat, semalam, yang menjelaskan hanya akan menimbangkan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) jika ada keperluan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537543