Ramai terhibur lihat aksi kambing pura-pura mati elak dari ditangkap

Ramai terhibur lihat aksi kambing pura-pura mati elak dari ditangkap. Bagi pengembala kambing, mungkin anda sudah terbiasa dengan ragam kambing peliharaan anda, terutama apabila tibanya musim korban. Pelbagai kisah ternakan lari dari kandang atau ikatan bagi menyelamatkan diri.

Kali ini, kami ingin kongsikan sebuah video gelagat seekor kambing yang dikatakan ‘berpura-pura mati’ ketika dikejar oleh seorang lelaki. Menerusi rakaman yang tidak dinyatakan lokasi itu, kelihatan sekawan kambing berlari-lari daripada seorang lelaki yang dipercayai cuba menangkap haiwan berkenaan.

Ramai terhibur lihat aksi kambing pura-pura mati elak dari ditangkap. Bagi pengembala kambing, mungkin anda sudah terbiasa dengan ragam kambing peliharaan anda, terutama apabila tibanya musim korban. Pelbagai kisah ternakan lari dari kandang atau ikatan bagi menyelamatkan diri.Ramai terhibur lihat aksi kambing pura-pura mati elak dari ditangkap. Bagi pengembala kambing, mungkin anda sudah terbiasa dengan ragam kambing peliharaan anda, terutama apabila tibanya musim korban. Pelbagai kisah ternakan lari dari kandang atau ikatan bagi menyelamatkan diri.

Tidak semena-mena, seekor kambing terjatuh ‘kaku’ di atas lantai dan kelihatan longlai apabila dipegang oleh lelaki berkenaan. Pun begitu, ia secara tiba-tiba bangun dan terus berlari sebelum ‘pengsan’ sekali lagi. Rakaman tersebut ternyata menghiburkan perakamnya dan juga warganet yang lain. Apa tidaknya, seakan berpura-pura pengsan untuk mengelakkan diri daripada kena tangkap.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah sebabnya kambing tersebut menjadi sebegitu. Mungkin memang benar ia berpura-pura mati untuk mengelakkan dirinya ditangkap, atau kemungkinan lain yang diperjelaskan di bawah.

Menurut National Geographic, situasi ini mungkin berpunca daripada keadaan genetik haiwan ternakan yang mengalami myotonia congenita di mana otot mereka menjadi kejung ketika terkejut. Bagaimanapun, haiwan tersebut sebenarnya tidak pengsan dan masih sedar.

Tambah portal itu, kebiasaannya, haiwan akan menerima reaksi kimia yang merangsang respon lawan atau lari (fight or flight). Pun begitu, haiwan yang mengalami myotonia congenita ini dipercayai mengalami mutasi sel yang membantutkan reaksi kimia yang menggerakkan otot mereka, sekaligus membuatkan haiwan itu kaku.

Malah, keadaan ini juga dipercayai tidak terhad kepada kambing atau haiwan ternakan sahaja, namun boleh berlaku kepada manusia.

Baca:

Air mata Talita menitis atas pusara Siti Sarah buat netizen sebak

Ibu muda terpaksa bawa anak 9 bulan kerja syif malam

Video romantis bersama lelaki, Masya Masyitah masih kunci mulut