Polis Australia berjaya merampas dadah terbesar yang pernah direkodkan di negara tersebut bernilai kira-kira A $ 140 juta (RM431 juta), dan menahan seorang warganegara Malaysia yang didapati membawa dadah terlarang.
Difahamkan bahawa dadah seberat 450kg – berat piano besar – itu diletakkan di dalam kargo laut dan akan diedarkan di sekitar Melbourne.
Lelaki yang tidak dinamakan itu didakwa mengimport dan memiliki sejumlah ubat komersial, jika didapati bersalah, hukuman maksimum yang bakal menanti beliau adalah penjara seumur hidup, lapor Utusan Malaysia.
Australia’s biggest ever heroin seizure with an arrest of a Malaysian. The heroin has its origin from Malaysia ! How could such a big heroin cargo slipped through Malaysian ports ! Now this is biggest catch in Australia. What about in Malaysia ? Corruption ? pic.twitter.com/zLqiU0Fp2O
— Dr. Rais Hussin (@raishussin) October 17, 2021
Polis Persekutuan Australia telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia bagi menyelesaikan kes ini dan mereka juga komited untuk menghalang sindiket jenayah terancang yang melibatkan kedua-dua negara, kata Krissy Barrett, Komisioner Polis Persekutuan Australia, Komando Selatan.
Dalam perkembangan yang lain, sebuah video telah tular menunjukkan ibu tunggal sembilan anak menangis sejurus dia dijatuhkan hukuman mati kerana memiliki dadah.
Ibu tunggal yang berumur 55 tahun tersebut didakwa memiliki dadah seberat 113.9 gram di sebuah rumah yang tidak bernombor di Tawau, Sabah.
Kebanyakan rakyat Malaysia menyokong agar pembaharuan undang-undang mengenai dadah dilakukan kerana kebanyakan mereka yang terkesan dengan hukuman mati adalah yang berada di kedudukan paling bawah rantaian pengedaran dadah.
Ibu tunggal 9 anak dijatuhi hukuman mati mandatori miliki, edar dadah.
TAWAU, 15 OKTOBER 2021-Seorang ibu tunggal kpd sembilan orang anak dij4tuhi hukuman m4ti mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau pada Jumaat selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu. pic.twitter.com/ViBKQIlqEp
— AADK Besut (@AADKDaerahBesut) October 16, 2021
Anggota Majlis Saintifik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, “Ini sangat menyedihkan.
Sudah tiba masa untuk memulakan perbincangan dan meneruskan usaha menghapuskan hukuman mati. Selalunya hanya mereka yang terdesak dan berada di kedudukan paling bawah rantaian (pengedaran) yang perlu membayar harganya (menerima hukuman). Ia tidak akan dan tidak pernah menyelesaikan masalah dadah.”
Bagi pakar undang-undang, hukuman mati sering jatuh kepada ‘keldai dadah’ atau mereka yang digunakan untuk melindungi ketua sindiket dadah. Menurut MalaysiaKini, sejak Februari 2019, 1,281 banduan akhir dilaporkan sedang menunggu hukuman mati di negara ini, dengan 73 peratus telah disabitkan kesalahan mengedar dadah bawah Seksyen 39 (b).
Berita Penuh : https://www.thevocket.com/rakyat-malaysia-ditahan-di-australia-kerana-dadah/