Rahmat ramadan, artis terkenal dunia peluk islam

Rapper terkenal Amerika Syarikat (US), DJ dan penerbit muzik, Lil Jon dilaporkan telah memeluk Islam pada minggu pertama Ramadan, lapor Albawaba.
Penyanyi itu melafazkan kalimah Syahadah itu dikhalayak ramai di Masjid Raja Fahad di Los Angeles sebelum solat Jumaat. Momen itu sempat dirakamkan dan dimuat naik di media sosial hingga mendapat perhatian orang ramai.

Dalam klip itu memaparkan Lil Jon membaca Syahadah dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sambil dibimbing imam masjid berkenaan.

Sementara itu, Lil Jon dalam hantaran di Instagram meluahkan rasa sangat terharu berikutan beritanya memeluk Islam mendapat reaksi positif.

Rahmat ramadan, artis terkenal dunia peluk islam

“Terima kasih banyak saudara dan saudari atas curahan kasih sayang dan kata-kata positif,” tulis pemilik akaun yang mempunyai pengikut melebihi sejuta itu.

View this post on Instagram

Lil Jon menjadi individu kedua yang berpengaruh di Amerik Syarikat yang memeluk Islam pada bulan Ramadan selepas aktivis, Shaun King secara rasmi bergelar seorang muslim.

Untuk makluman, Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H. Smith dilahirkan di Atlanta, Georgia pada tahun 1972.

Dia semakin dikenali ramai selepas menerbitkan pelbagai album dalam pelbagai genre muzik termasuk albun terbarunya JUMPIN yang baru sahaja diterbitkan pada tahun lalu.

Menurut aNews, dia merupakan pembawa atau perintis dalam mempromosikan muzk jenis Hip Hop pada awal 2000-an.

Bunyi Bising Sembahyang Raya, Lelaki Terbuka Peluk Islam
Terdahulu dalam kes berlainan, seorang lelaki di Australia yang asalnya ingin mengadu mengenai sesi solat Aidilfitri yang agak bising telah memeluk Islam.

Hajj Hussin Goss, seorang pendakwah aktif di Australia berkongsi kisah berkenaan menerusi akaun Facebooknya.

Dalam video tersebut, Hussin berdiri bersama seorang lelaki Australia yang sudah lanjut usia yang dilapor baru sahaja memeluk Islam.

“Selamat datang buat saudara baru yang baru memeluk agama Islam pada Hari Raya Aidilfitri. Awalnya, saudara ini datang ke masjid untuk tujuan mengadu berkenaan bunyi bising pada waktu pagi raya.

“..dan dia pulang ke rumah sebagai seorang Muslim. Allah Maha Besar,” tulisnya di Facebook.

Baca juga: Malaysia jadi negara paling makmur selepas Singapura