PRN Sabah : DAP terbuka guna lambang Warisan

Pemangku pengerusi DAP Sabah, Frankie Poon berkata, parti itu masih belum memutuskan sama ada akan menggunakan logo roket parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Katanya, DAP terbuka untuk menggunakan logo Warisan namun ia perlu dibincangkan kerana penggunaan bendera yang tertera logo parti itu amat dititikberatkan oleh ahli parti dan pengundi.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang dengan ketua menteri yang juga presiden Warisan, Shafie Apdal sebelum memutuskan perkara berkenaan.

“Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng datang ke Sabah minggu lalu dan pada masa sama, wakil jawantankuasa DAP negeri telah berbincang mengenai perkara ini.

“Hasil perbincangan ini menyatakan bahawa DAP bersikap terbuka mengenai penggunaan bendera Warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena mesyuarat agung tahunan DAP Sandakan, di Sandakan, hari ini.

Terdahulu Shafie berkata, parti gabungan Warisan bercadang untuk hanya menggunakan logo parti itu pada PRN kecuali UPKO kerana ia parti tempatan.

Dalam pada itu Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, parti itu akan menggunakan lambangnya sendiri dalam PRN yang dijadualkan akhir bulan ini.

Berita penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/07/dap-sabah-belum-putus-guna-logo-roket-dalam-prn/