Pilot Batik Air tertidur ketika bawa pesawat ke Jakarta, sekali ini yang jadi

Tidak dinafikan kadang-kala ketika bekerja memang ada antara kita yang tiba-tiba rasa mengantuk sebab terlalu penat bekerja atau tidak mendapat rehat yang cukup sebelum masuk ke pejabat.

Namun, tertidur ketika sedang menerbangkan pesawat bukanlah sesuatu yang normal kerana ia boleh membahayakan nyawa kru kapal dan para penumpang.

Itulah yang terjadi kepada dua orang juruterbang syarikat penerbangan Batik Air Indonesia ini apabila kedua-dua juruterbangnya (kapten dan pembantu juruterbang) tertidur secara serentak ketika penerbangan dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.

Pilot Batik Air tertidur ketika bawa pesawat ke Jakarta, sekali ini yang jadi

Memetik laporan Sinar Harian, laporan siasatan kejadian mendapati pada awalnya juruterbang pertama tidak mendapat rehat yang cukup pada malam sebelum penerbangan.

Oleh itu, dia pun meminta kebenaran dari pembantu juruterbang untuk melelapkan mata seketika agar dapat berehat sebentar selepas setengah jam pesawat itu berlepas.

Selepas kapten pesawat itu dibenarkan berehat, pembantu juruterbang kemudiannya mengambil alih kerja-kerja mengendalikan kapal terbang itu.

Namun, tak lama kemudian, dia juga tertidur secara tidak sengaja kerana difahamkan dia juga tidak mendapat cukup rehat berikutan dia dan isterinya baru sahaja menimang cahaya mata kembar yang pada ketika itu berusia sebulan.

Jadi, pembantu juruterbang tersebut membantu isterinya menjaga bayi-bayi mereka di rumah sebelum keluar bekerja.

Pusat kawalan udara di Jakarta telah menghubungi kapal terbang itu namun tiada jawapan kerana difahamkan pesawat itu terbang selama 28 minit dalam keadaan kedua-dua juruterbangnya tidur.

Ketika salah seorang daripada juruterbang itu bangun, dia menyedari bahawa pesawat itu terbang di laluan yang salah, jadi dia kemudiannya segera mengejutkan rakan sekerjanya.

Nasib mereka baik kerana pesawat kemudiannya berjaya mendarat dan kesemua penumpang dan cabin crew juga tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Baca juga: Wanita meraung dalam kebun kelapa sawit selepas monyet rampas balang kuih raya pelanggannya