Perisytiharan Harta Menteri Kabinet : Abah paling kaya

Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Menerusi portal itu, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula berada di kedudukan kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.

Tempat ketiga pula adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.

Di tangga keempat pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta dan kelima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta

Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi mengikut turutan ke enam hingga ke 10 ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Diikuti Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Mohamed Hashim yang mana mereka mencatatkan pendapatan bulanan antara RM64,087.41 hingga RM69,186.46.

Sementara itu, lima anggota berpendapatan terendah ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memperoleh RM34,004.48, Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin (RM33,450), Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (RM24,687) manakala Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong serta Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mas Ermieyati Samsudin masing-masing RM25,700.

Berdasarkan tinjauan di portal berkenaan mendapati pendapatan anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.

Berita penuh :