Peniaga dakwa pelanggan mula lari, ini puncanya…

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Peniaga dakwa pelanggan mula lari, ini puncanya… Penjaja kecil di negeri ini berdepan keresahan dengan mendakwa majoriti pelanggan tetap mereka mula mengubah selera makan di tempat lain susulan kenaikan harga jualan makanan minimum RM1. Peniaga, peniaga kecil, peniaga tepi jalan, peniaga jalanan, dakwa, peniaga dakwa, pelanggan, pelanggan kini, pelanggan lari, lari, penjaja, penjaja kecil, keresahan, majoriti pelanggan, mengubah, selera makan, kenaikan harga, harga, harga jualan, ayam gunting, ayam gunting near me, kedai ayam gunting, ayam gunting banting, ayam gunting klang, ayam gunting uncle bob, ayam gunting cheese.[/bg_collapse]

Peniaga dakwa pelanggan mula lari, ini puncanya… Penjaja kecil di negeri ini berdepan keresahan dengan mendakwa majoriti pelanggan tetap mereka mula mengubah selera makan di tempat lain susulan kenaikan harga jualan makanan minimum RM1.

Mereka terdiri peniaga makanan bergoreng itu turut meluahkan kebimbangan mengenai nasib yang bakal dihadapi setelah terkesan dengan kehilangan sumber pendapatan daripada perniagaan itu.

Seorang peniaga ayam gunting, Mohd. Nor Hisham Awang Nong, 49, berkata, kenaikan harga barangan keperluan memberi impak besar kepada golongan penjaja kecil terutama gerai yang beroperasi di tepi jalan.

Akuinya, dia bukan sahaja terkesan dengan isu kekurangan bekalan ayam gunting dan kenaikan harga barangan basah itu dari peringkat pembekal, malah terpaksa berdepan pelbagai kerenah pelanggan.

“Kami kini sangat terdesak sehingga terpaksa menaikkan harga ayam gunting sehingga RM10 untuk saiz besar manakala RM6 bagi dua keping ayam bersaiz kecil.

“Ini susulan kenaikan harga baharu ayam gunting di peringkat pembekal iaitu daripada RM48 kepada RM64 hingga RM68 (15 keping) dan RM32 hingga RM44 bagi setiap 50 keping ayam saiz kecil. Harga naik sejak penghujung tahun lalu.

“Itupun pada awalnya ramai juga pelanggan yang merungut. Kali ini, makin bertambah tenat apabila sebahagian besar pelanggan lama termasuk yang baharu sudah tidak muncul di gerai. Mereka membuat pilihan makanan di tempat lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia yang juga golongan orang kurang upaya (OKU) sebelah penglihatan memberitahu, selain itu mereka terbeban dengan beberapa kenaikan harga barangan kering lain seperti tepung, serbuk asli, lada dan keju antara RM1 hingga RM2.50 bagi setiap 650 gram.

“Susah hati memikirkan masalah ini. Sudahlah pelanggan berubah angin, pendapatan harian pun turut terjejas sehingga RM300 sehari.

“Disebabkan masalah ini, kami memutuskan kaedah jualan ayam gunting secara kombo bagi menarik semula kedatangan pelanggan ke gerai yang beroperasi sejak 14 tahun lalu,” jelasnya yang turut dibantu isteri, Nor Hashimawati Hashim, 42.

Sementara itu, seorang lagi peniaga ayam goreng, Fadzil Nusi, 36, berkata, meskipun terhimpit dengan isu kenaikan harga barangan mentah dan kering, namun dia sedaya upaya mahu mengekalkan harga lama untuk penggemar makanan tersebut.

“Demi kepuasan pelanggan terhadap menu ayam goreng dengan rempah buatan sendiri, saya sehingga hari ini masih menetapkan harga RM1 bagi seketul ayam,” ujarnya. – UTUSAN 

Baca:

Pemilik pusat perlindungan haiwan terbiar sedekah pahala buat arwah ayah

Sambung PhD ketika umur 23 tahun, Nazirah Nazir terserlah pelajar pintar

Aliff Syukri sudah berubah, ramai puji sikap terkini beliau