Dilarang Berpuasa, Pemain Bolasepak Profesional Perancis Tekad Tinggalkan Pasukan
Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) sebelum ini mengeluarkan arahan melarang pemain Muslim untuk berpuasa sepanjang Ramadan ketika menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.
Disebabkan itu, seorang pemain tengah kebangsaan Perancis, Mahamadou Diawara tekad untuk meninggalkan skuad Bawah 19 tahun Perancis kerana tidak bersetuju dengan arahan karut itu.
Beberapa pemain tidak gembira dengan peraturan baharu itu. Mereka berpendapat agama mereka tidak dihormati tetapi ada yang enggan berkonfrontasi dengan persatuan.
Namun Diawara tetap tidak gembira, jadi dia meninggalkan pasukan. – Kata ejen.
Pihak FFF kemudian memanggil pemain Nantes Dehmaine Tabibou Assoumani bagi menggantikan kekosongan Diawara.
Baca juga: KKM tegur usahawan terkenal gaul makanan guna sarung tangan kuning