Penerima vaksin Sinovac dicadang terima 2 suntikan penggalak

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Tags” ]Penerima vaksin Sinovac dicadang terima 2 suntikan penggalak. Vaksin adalah sesuatu entiti bahan asing yang dimasukkan ke dalam badan manusia dan ia boleh diberi melalui kulit dan otot (suntikan), hidung (nasal) malah cecair (oral). Tujuan vaksin diberi untuk memperkenalkan tubuh dan sistem imuniti badan kepada anasir penyakit (antigen), seperti virus, bakteria (kuman), malah toxoid (racun) yang membawa penyakit. Vaksin, penerima vaksin, kesan Sinovac, vaksin Sinovac, kesan vaksin sinovac fakta, 2 suntikan penggalak, wajib 2 suntikan penggalak, entiti bahan, bahan asing, dalam badan, badan manusia, melalui kulit, suntikan di otot, hidung, nasal, tujuan vaksin, tujuan vaksin kini, apa tujuan vaksin, apa tujuan booster, apa tujuan vaksin penggalak, imuniti badan, ketahanan imuniti, ketahanan imuniti badan, badan manusia, omicron, virus omicron, virus, racun membawa penyakit.[/bg_collapse]

Penerima vaksin Sinovac dicadang terima 2 suntikan penggalak. Vaksin adalah sesuatu entiti bahan asing yang dimasukkan ke dalam badan manusia dan ia boleh diberi melalui kulit dan otot (suntikan), hidung (nasal) malah cecair (oral). Tujuan vaksin diberi untuk memperkenalkan tubuh dan sistem imuniti badan kepada anasir penyakit (antigen), seperti virus, bakteria (kuman), malah toxoid (racun) yang membawa penyakit.

Contoh kalau situasi virus Covid, badan melalui vaksin akan ‘mengenali’ virus atau sebahagian daripada virus tersebut. Program vaksinasi Malaysia sudah sebati dengan rakyat terutama dalam kalangan kanak-kanak berusia 0 hingga 5 tahun dan ini termasuk vaksin mencegah penyakit tiga serangkai (DPT), polio, measles, mumps, rubella dan HPV (human papilloma virus mencegah kanser serviks).

Terbaharu yang diperkenalkan adalah rentetan pandemik Covid-19 adalah vaksin terhadap virus SARS-CoV2 dan varian-varian terbitannya seperti strain Wuhan asli, mutasinya seperti Alpha, Beta, Delta dan terkini Omicron. Jenis-jenis vaksin sedia ada diluluskan di Malaysia adalah vaksin mRNA, iaitu mengandungi genetik RNA virus (Pfizer BioNtech dan Moderna), inactivated vaccine atau salinan virus yang telah dibunuh (Sinopharm dan Sinovac) dan vektor vaksin tidak bereplikasi iaitu vaksin mengandungi bahan genetik yang berada dalam virus lain yang tidak berbahaya dan tidak akan bereplikasi iaitu AstraZeneca dan Johnson & Johnson.

Oleh kerana terdapat beberapa jenis vaksin dan metode pembangunan vaksin berbeza-beza, maka kajian klinikal untuk melihat keberkesanan turut menghasilkan keberkesanan yang sedikit berbeza.

Apabila kita melihat isu keberkesanan, kita akan melihat tiga aspek utama iaitu jangkitan semata mata dan kadangkala jangkitan ini ringan sahaja, kesan jangkitan sehingga menyebabkan kemasukan ke wad dan juga jangkitan berat hingga menyebabkan kematian.

Kajian-kajian awal menggambarkan, walaupun dengan dua inokulasi primer vaksin jenis Sinovac, keberkesanan mereka dalam menghasilkan neutralising antibodi adalah yang paling rendah melawan Covid, termasuk strain terkini Omicron. Vaksin penggalak (booster) adalah vaksin ketiga diberi kepada rakyat setelah didapati dua vaksin primer pertama menjadi kurang berkesan dalam jangka masa lama dan meningkatkan semula risiko jangkitan Covid.

KEPRLUAN BOOSTER

Booster jenis Prizer (selepas 2 dos primer Sinovac), dikatakan berjaya menghasilkan tahap antibodi melawan Omicron yang baik, tetapi adalah 7.3 kali lebih rendah berbanding jika menentang strain varian asal Wuhan yang lama. Malah kajian dari Universiti Yale Amerika Syarikat (AS), yang mencadangkan penerima dua vaksin Sinovac, supaya menerima dua kali suntikan galakan berbanding penerima vaksin primer jenis lain.

Kajian dari Hong Kong University (HKU) dan Universiti China Hong Kong, menyatakan tiga dos vaksin sama iaitu dari jenis Sinovac, tidak menghasilkan antibodi mencukupi untuk melawan Omicron, serta mencadangkan dos ketiga diberi dan dari jenis vaksin mRNA (Vaksin heterologous).

Penerima vaksin Sinovac dicadang terima 2 suntikan penggalak. Vaksin adalah sesuatu entiti bahan asing yang dimasukkan ke dalam badan manusia dan ia boleh diberi melalui kulit dan otot (suntikan), hidung (nasal) malah cecair (oral). Tujuan vaksin diberi untuk memperkenalkan tubuh dan sistem imuniti badan kepada anasir penyakit (antigen), seperti virus, bakteria (kuman), malah toxoid (racun) yang membawa penyakit. Vaksin, penerima vaksin, kesan Sinovac, vaksin Sinovac, kesan vaksin sinovac fakta, 2 suntikan penggalak, wajib 2 suntikan penggalak, entiti bahan, bahan asing, dalam badan, badan manusia, melalui kulit, suntikan di otot, hidung, nasal, tujuan vaksin, tujuan vaksin kini, apa tujuan vaksin, apa tujuan booster, apa tujuan vaksin penggalak, imuniti badan, ketahanan imuniti, ketahanan imuniti badan, badan manusia, omicron, virus omicron, virus, racun membawa penyakit.

Bagaimanapun, kajian dari syarikat pengeluar Sinovac Biotech sendiri menegaskan tiga dos Sinovac adalah 94% memadai melawan varian Omicron. Dari aspek kesihatan awam, vaksin Sinovac adalah dianggap tidak memadai melawan varian Omicron. Malah setelah booster Pfizer, antibodi badan meningkat 1.4 kali ganda sahaja lebih tinggi, berbanding hanya dua dos Sinovac primer sahaja.

Kajian juga menunjukkan peranan booster semakin menjadi perlu selepas terjadinya mutasi dan varian baru Omicron ini. Sebelum terbitnya Omicron, kadar efikasi vaksin Sinovac dikatakan rendah berbanding vaksin lain, dengan anggaran hanya 51% perlindungan terhadap infeksi bersimptom, tetapi perlindungan meningkat terhadap jangkitan lebih parah.

KESAN SAMPINGAN

Di Malaysia, rintangan utama dos penggalak adalah kesan sampingan yang mungkin terjadi setelah diinokulasi. Kesan sampingan ini menyebabkan ramai tidak mahu menerima dos penggalak dan menjadi persoalan apakah akan berlaku setelah divaksin?

Akibat kemasukan vaksin ke dalam badan, badan akan memberikan reaksi dari sistem imun badan dan ini termasuklah penghasilan sel-sel darah putih dengan banyak, selalunya dalam tempoh masa anggaran dua minggu selepas divaksin. Dalam tempoh dua minggu, badan masih belum ‘bersedia’ melawan antigen luar dan jika terdedah ke virus Covid, mereka berisiko tinggi terjangkit virus Covid.

Penerima vaksin Sinovac dicadang terima 2 suntikan penggalak. Vaksin adalah sesuatu entiti bahan asing yang dimasukkan ke dalam badan manusia dan ia boleh diberi melalui kulit dan otot (suntikan), hidung (nasal) malah cecair (oral). Tujuan vaksin diberi untuk memperkenalkan tubuh dan sistem imuniti badan kepada anasir penyakit (antigen), seperti virus, bakteria (kuman), malah toxoid (racun) yang membawa penyakit. Vaksin, penerima vaksin, kesan Sinovac, vaksin Sinovac, kesan vaksin sinovac fakta, 2 suntikan penggalak, wajib 2 suntikan penggalak, entiti bahan, bahan asing, dalam badan, badan manusia, melalui kulit, suntikan di otot, hidung, nasal, tujuan vaksin, tujuan vaksin kini, apa tujuan vaksin, apa tujuan booster, apa tujuan vaksin penggalak, imuniti badan, ketahanan imuniti, ketahanan imuniti badan, badan manusia, omicron, virus omicron, virus, racun membawa penyakit.

Reaksi badan selepas divaksin ini yang memberi kesan sampingan dan muncul dalam pelbagai bentuk dan tahap, semua ini bergantung kepada sistem imun badan penerima. Antara kesan sampingan ringan adalah demam, sakit badan, sengal tangan, sakit kepala, rasa keletihan, seram sejuk, kelenjar ketiak menjadi bengkak dan loya. Ini menunjukkan badan anda berjaya ‘menerima’ kandungan vaksin dan menyiapkan sistem imun badan anda untuk ‘melawan’ jangkitan seterusnya.

Untuk mereka yang menerima vaksin kali kedua, reaksi badan dan kesan sampingan selalunya lebih teruk dari vaksin pertama. Ini kerana badan sudah mengenal ‘antigen’ dalam vaksin dan bersedia melawan apabila disuntik kali kedua.

Sejak April 2021, beberapa rakyat di AS, dikenalpasti membentuk kesan sampingan lebih serius iaitu inflamasi jantung dan ini jarang berlaku dan selalunya reda sendiri. Kesan ini adalah akibat vaksin mRNA dan mudah berlaku dalam kalangan lelaki dan mereka yang lebih muda. Jika dibandingkan dengan kesan jangkitan alami (natural infection), jangkitan alami ini berisiko menjadi lebih parah (more severe).

Malah kesan jangkitan virus Covid sendiri boleh merosakkan saraf dan jantung serta risiko mengalami long Covid. Kesan sampingan serius lain yang ditakuti adalah renjatan anafilaksis akibat alergi ke bahan dalam vaksin dan semua kesan sampingan serius di atas, selalunya memerlukan rawatan dalaman hospital.

PENULIS ialah Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Secara umumnya, vaksin adalah selamat dan kesan imuniti kelompoknya adalah lebih diingini berbanding kesan buruknya. Kita dapat lihat sekarang, kadar kematian dan jangkitan teruk sangat rendah berbanding semasa jangkitan Covid awal di gelombang kedua dan ketiga tahun lepas. Ini antara kejayaan vaksinasi kepada rakyat. Jika tidak menerima vaksin ini, dipercayai jangkitan jauh lebih parah dan kematian jauh berganda lebih tinggi. Ini bukan sahaja merugikan ekonomi, malah kita turut kehilangan ramai ahli keluarga dan kenalan akibat Covid-19.

Baca:

Jit Murat waktu ditemui sudah tak bernyawa

Jangan amalkan 5 perkara ini waktu cuci kereta

Murid darjah tiga dapat surat cinta berunsur ‘lucah’, bila bapa tengok terus mengamuk