Pembangkang disabotaj sesama sendiri gagal tolak belanjawan di Parlimen?

Setiausa Agung BN Annuar Musa memanjatkan syukur atas kelulusan Belanjawan 2021 menerusi undian suara di Dewan Rakyat tadi.

“Alhamdulillah bajet Membela rakyat lulus dengan lebihan suara pada bacaan kedua sebentar tadi.

“Percubaan pembangkang meminta undi belah bagi ditewaskan oleh pembangkang sendiri apabila mereka yang berdiri memohon undi sedemikian tidak mencukupi 15 orang seperti disyaratkan.

“Tahniah semua ahli parlimen,” ciap Annuar di Twitter.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara belah bahagi tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/552650