Pelik dah tutup suis pun elektrik masih mengalir lagi, ini sebabnya

Sebelum keluar rumah, kita pasti akan memastikan suis barangan elektrik ditutup, kain di ampaian diambil, paip air ditutup dengan rapat dan lain-lain.

Penting untuk menutup suis barangan elektirk bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, antaranya mesin basuh, periuk nasi, pengering rambut, seterika dan banyak lagi.

Seiring peredaran waktu, banyak barangan elektrik pelbagai guna diciptakan dengan tujuan meringankan dan memberi kemudahan kepada isi rumah khususnya suri rumah.

Pelik dah tutup suis pun elektrik masih mengalir lagi, ini sebabnya

Walau bagaimanapun, penggunaan barangan ini bermain dengan sumber elektrik, jadi penting untuk menitikberatkan aspek keselamatan termasuk bayaran bil.

Oleh itu, kebanyakan barangan ini apabila selesai digunakan akan diitutup suis. Namun, timbul persoalan berkenaan suis sudah ditutup tetapi elektrik berjalan membuatkan bil mencanak naik.

Apakah sebab ia berlaku? Lanjutan itu, mari ikuti perkongsian pemilik TikTok @abgletriqq di bawah.

Kenapa perlu cabut plug walaupun dah tutup suis?

Menurutnya, amalan mencabut plug barangan elektrik wajar dipraktikan di rumah walaupun suisnya telah dimatikan.

Hal ini kerana terdapat sesetengah barangan elektrik masih menyimpan tenaga elektrik walaupun suis sudah dimatikan.

Katanya, proses ini dikenali sebagai Phantom Power atau Standby Power.

“Phantom Power ataupun Standby Power ini terjadi apabila penggunaan barangan elekrik ini tidak betul-betul dimatikan.

“Antara barang elektrik yang berkemungkinan terjadi Phantom Power ataupun Standy Power ini yang saya betul-betul pasti adalah mesin basuh front load.

“Sebab tu sebelum ini dalam video tip jimat elektrik saya tu, saya syorkan cabut plug mesin basuh. Load elektrik tu akan standby di bahagian pc board walaupun kita sudah tutup suis,” katanya.

Sehubungan itu, dia menasihatkan orang ramai membiasakan amalan mencabut plug agar tidak berlaku insiden terlupa matikan suis plug khususnya sewaktu meninggalkan rumah.

“Pengalaman saya, habit cabut plug ini sudah diajar daripada ibu bapa kita dan ia sangat bagus,” ujarnya.

Video ini mendapat lebih 100,000 tontonan dengan lebih 2,000 tanda suka dan pelbagai komen daripada pengguna.

@abgletriqq Replying to @lipaskipasvvt tak semua..tapi bagus kalau kita cabut plug sebenarnya #homeelectricalproducts #tipsandtricks #tips #abgletriqq #fyp ♬ original sound – ABG.LETRIQQ

Untuk penerangan lebih jelas, tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.

Sumber: TikTok @abgletriqq

BACA JUGA: Lelaki selamba londeh seluar depan gadis masuk cafe, sekali kena terajang