Pekerja di 3 Bandar di Malaysia ini terima kenaikan gaji hampir 16%. Pasaran pekerjaan Malaysia secara terus mendahului Thailand dan Hong Kong dari aspek kenaikan gaji dari tahun-ke-tahun, apabila memaparkan peningkatan 3.2% pada tahun 2021.
Tinjaun JobStreet Malaysia ini melihat negara memiliki 31 industri yang mengalami kenaikan gaji lebih 40%. Secara langsung meletakkan Malaysia kedudukan keempat dalam kalangan negara lain seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Thailanda dan Hong Kong.
Mengikut segmen pertumbuhan gaji berdasarkan lokasi, ternyata 5 ibu negeri di Malaysia telah mencatatkan peningkatan gaji 15.9% yang membrangsangkan.
Antaranya:
- Kangar – Perlis (29.3%)
- Kuala Terengganu (25.7%)
- Labuan (12.9%)
- Kuantan – Pahang (7.7%)
- Seremban – Negeri Sembilan (3.8%)
Sementara 5 ibu negeri lain pula memaprakan penurunan gaji sekitar 14.7%, ia terdiri daripada:
- Kota Bharu – Kelantan (-30.7%)
- Alor Setar – Kedah (-16.7%)
- Kota Kinabalu – Sabah (-11.1%)
- Kuching – Sarawak (-7.7%)
- Johor Bahru (-5.6%)
Manakala, berdasarkan pemerhatian JobStreet Malaysia juga, ini adalah 10 senarai gaji teratas mengikut industri dan posisi pekerjaan di negara;
Secara jelas industri Telekomunikasi mendahului arena kewangan seperti Insurans dan Perbankan. Turut dapat dilihat arena sains dan teknologi juga mula menjadi perhatian pasaran Malaysia pada ketika ini.
Tonton:
Baca:
Selepas setahun lancar sambal nyet, Khairul Aming kongsi jumlah jualan terkumpul
Jom tebus e-wallet 2022 sebanyak RM150, ini caranya
Pampers habis, tindakan ibu ini hanya guna plastik dan tape undang kemarahan netizen