PEDAS! : Farid Kamil Bagi Jawapan Padu Bila Netizen Persoal Siapa Jaga Anak Ketika Diana Danielle Pergi Good Vibes!

Pelakon dan pengarah hebat, Farid Kamil tampil memberi respon selepas netizen mempersoal Diana Danielle mengenai siapakah menjaga anak-anak, Muhammad dan Aurora sewaktu dirinya pergi ke Festival Good Vibes.

Biarpun Diana sudah memberi jawapan kepada individu tersebut, Farid yang baru menyedari berkenaan hal itu turut memberi respon di ruangan komen.

Pengarah tersebut meninggalkan komen di foto tersebut dengan mendoakan anak-anaknya berada di bawah lindungan Allah SWT.

Sebelum ini, Diana Danielle berkongsikan momen dirinya berada di Festival Good Vibes pada hari pertama ia berlangsung di laman Instagram.

komen farid kamil

Diana turut berkongsikan momen tersebut di hantaran Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Gara-gara tidak nampak kehadiran anak-anak Diana di sisi, seorang individu tampil bertanyakan pelakon filem Imaginur itu tentang keberadaan Muhammad dan Aurora.

“Anak-anak siapa jaga dear?” soal individu itu di bahagian komen.

Diana danielle

Maklum dengan pertanyaan itu, Diana kemudian membalas komen individu itu dengan bertanyakan semula niatnya yang ingin tahu mengenai kehidupan peribadinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen lain mengkritik individu itu yang dianggap penyibuk dan keph.

“Busy body sungguh. Konon-konon concern la tu nak dear dear bagai” balas seorang netizen.

Baca Selanjutnya :