PBS tak mengaku ada kerjasama sulit dengan Warisan Plus tubuh kerajaan di Sabah

PBS menafikan dakwaan bahawa ia akan bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baru.

“PBS dengan tegas menolak dakwaan bahawa ia kini bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan,” kata ketua penerangan parti itu Joniston Bangkuai dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Dakwaan tersebut disebarkan secara meluas di media sosial berikutan keputusan pilihan raya negeri semalam.

“PBS adalah rakan kongsi setaraf dalam Gabungan Rakyat Sabah dan kekal setia bersama-sama sekutunya, iaitu Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/27/pbs-nafi-kerjasama-dengan-warisan-plus-bentuk-kerajaan-negeri-baru/