Pasti ramai mommies yang suka bagi anak tengok Cocomelon? Hati-hati tau, ada sisi gelap video cocomelon yang tak patut ditayang

Pasti ramai mommies yang suka bagi anak tengok Cocomelon? Hati-hati tau, ada sisi gelap video cocomelon yang tak patut ditayang.

Kalau anda perasan, bila di kedai makan pasti kebanyakan ibu bapa akan memberikan gajet kepada anak dan membuka kartun untuk ‘melalaikan’ mereka supaya tidak menganggu orang sekitar.

Antara kartun popular dalam kalangan kanak-kanak adalah Cocomelon. Rancangan kartun itu boleh dikatakan semua kanak-kanak kenal dan pernah menontonnya.

Tidak dinafikan ada rancangan yang memberi imput positif namun ada juga yang sebaliknya seperti perkongsian Hamster Society Singapore di laman Instagram di mana rancangan Cocomelon tidak sesuai ditonton oleh anak kerana mengajar sesuatu yang salah. Bahaya tu!

Menerusi hantaran tersebut, video ‘Class Pet Song’ perlu dielakkan kerana mengajar cara penjagaan hamster yang salah. Dalam video itu, hamster yang diberi nama Jellybean tinggal di dalam sangkar kecil dan tidak sesuai untuk dirinya. Kehidupan sebenar seekor hamster, mereka memerlukan rumah besar dan selesa untuk meneruskan hidup seperti biasa.

Selain itu, dalam adegan lain ada menyatakan bahawa hamster akan mencicit sekiranya dia gembira. Walau bagaimanapun, hamster mencicit apabila dia dalam kesakitan, gelisah, atau tertekan.

Dalam video itu juga dapat dilihat Jellybean diberikan biskut sebagai makanan. Itu sebenarnya tidak betul kerana hamster memerlukan campuran biji benih untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka.

Hamster tidak boleh diletakkan di dalam bola kerana akan menyebabkan kuku mereka tersangkut dalam lubang dan angat mudah tercabut. Hamster perlu bergerak bebas berkeliaran dengan selamat tanpa menggunakan sebiji bola. Anda hanya perlu mengawal pergerakkannya sahaja.

Walaupun ini hanya lagu sahaja tetapi ia mungkin akan mempengaruhi otak kanak-kanak yang menonton rancangan kartun Cocomelon. Hati-hati ya!

BACA JUGA:

5 petua mudah bantu bayi yang selesema agar cepat sembuh

Cara membentuk masa depan pekerja belia di seluruh dunia

Ibu Bapa Berperanan Penting dalam Membantu Anak Rangsang Diri untuk Bercakap