PANAS!!! Peja tak jawab dakwaan Umno, teruskan bermain politik di Perak?

Menteri besar Ahmad Faizal Azumu enggan mengulas dakwan Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad yang meminta beliau berhenti bermain politik sebaliknya perlu menumpukan perhatian kepada kebajikan rakyat.

Ahmad Faizal berkata, lebih baik beliau tidak mengeluarkan kenyataan dalam isu itu kerana ia hanya akan memberikan tafsiran dan pandangan berbeza.

“Saya fikir perkara sebegitu saya tak nak komen kerana saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Saarani, hubungan parti yang saya wakili iaitu PPBM dengan Umno dan PAS juga amat baik.
ADVERTISING

“Jika saya cakap apa juga, orang akan bagi pandangan berbeza jadi saya tak mahu komen perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Insentif Kemenangan Sukan Hoki dan Kriket Negeri Perak 2020 hari ini.

Saarani dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Umno mengelak daripada mengeluarkan kenyataan politik bagi membolehkan kerajaan negeri fokus sepenuhnya dalam mendepani impak Covid-19.

Sementara itu, Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden PPBM menyambut baik usaha Umno melakukan gencatan politik buat sementara waktu bagi memastikan fokus kerajaan dalam membantu memutuskan rantaian Covid-19 dan memulihkan ekonomi diutamakan.

Beliau berkata, ketika ini rakyat mahukan kerajaan berhenti berpolitik, sebaliknya memberikan fokus dan usaha berterusan dalam membantu memulihkan negara.

“Sejak dari dulu, ketika dalam zaman PH (Pakatan Harapan) saya berpandangan, apabila selesai pilihan raya, semua pemimpin perlu memberikan fokus untuk bekerja dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Fokus ini, perlu semua pemimpin sambut baik. Saya harap tiada lagi pemimpin yang mendakwa itu ini dan mengambil masa Yang di-Pertuan Agong untuk (minta) menghadap nak tubuh kerajaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kebaikan rakyat.

“Politik…bila tiba masanya nanti saya percaya perdana menteri (Muhyiddin Yassin) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kalau dibubarkan Parlimen dan sebagainya, maka berpolitiklah balik.

“Sekarang masanya untuk kita fokus kepada memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat walau apa juga kapasiti kita baik sebagai pembangkang atau pemimpin kerajaan masing-masing ada peranan kepada rakyat, ” katanya.

Sementara itu, Faizal menepis dakwaan pelantikan Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim, sebagai setiausaha politik bertujuan untuk mengukuhkan sokongan.

Ini kerana beliau sudah pun punyai sokongan kuat semua wakil rakyat Umno dan PAS.

“Saya tidak perlu pun buat begitu,” katanya.

“Saya yakin semua Adun kekal pendirian dengan kerajaan PN ini, minggu depan kita ada sidang Dewan Undangan Negeri dan saya yakin semuanya akan berjalan lancar,” katanya.

Berita penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/22/dakwaan-bermain-politik-lebik-baik-saya-diam-kata-mb-perak/