PANAS !!! Najib mahu kerajaan heret Khairuddin ke mahkamah kerana ingkar kuarantin

Bekas presiden Umno, Najib Razak, mahu Menteri Mohd Khairuddin Aman Razali dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melanggar arahan kuarantin wajib.

Pemimpin PAS itu dikecam selepas dikatakan tidak ikut arahan kuarantin wajib 14 hari selepas menghadiri mesyuarat Dewan Rakyat tidak lama selepas pulang dari Turki.

Kementerian Kesihatan kemudian mengenakan denda RM1,000 dan sejak itu juga beliau disiasat polis.

“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan kementerian atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori pada dia,” katanya di Facebook hari ini.

“Jika kalah, masih boleh rayu.”

Najib menjelaskan beliau bukan hendak mengecam PAS, tetapi sedar rakyat amat tidak puas hati dengan perkara itu.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/07/najib-mahu-menteri-pas-diheret-ke-mahkamah-atas-dakwaan-langgar-arahan-kuarantin/