Nyanyi Lagu Tinggi Sangat Sampai Terberak Dalam Bilik Karaoke Dakwa Netizen? Rupanya Ini Yang Berlaku…

Dalam keseronokan pengunjung berhibur di pusat karaoke, ada juga yang mengambil kesempatan dan berani membuat onar.

Mana tidaknya, sebuah bilik karaoke dikejutkan dengan penemuan sesuatu yang tidak disangka-sangka selepas ia digunakan.

Menerusi satu perkongsian video, seorang pemuda yang dipercayai salah seorang pekerja di sebuah pusat karaoke merakamkan penemuan misteri di atas sofa di sebuah bilik.

Rakaman berdurasi 14 saat itu menunjukkan keadaan bilik karaoke yang menempatkan dua mikrofon dan beberapa cawan di atas meja sebelum beralih kepada objek yang ditinggalkan di atas sofa baldu merah.

“Dia kata special, aku ingatkan burger yang pelanggan tu tinggalkan. Rupanya bukan burger, tapi najis yang ditinggalkan.

Najis yang dibiarkan di atas sofa mencetuskan tanda tanya.

“Kandungan ini mungkin tidak sesuai. Mungkin mahu mendapat perhatian anda untuk tidak mengambil sebarang laporan atau tindakan mengenai perkara ini.

“Majikan buat hal,” tulisnya menerusi keterangan video hingga mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan netizen mengenai siapakah majikan yang dimaksudkan.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat karaoke di Johor.

Rata-rata netizen menyangka najis tersebut angkara perbuatan pelanggan ketika menggunakan bilik karaoke tersebut.

Timbul pelbagai andaian yang menjadi punca pelaku tergamak melepaskan ‘hajat’ di atas sofa di bilik karaoke.

“Ini mesti sebab tarik lagu tinggi ni.

“Ini namanya enjoy menyanyi sampai terberak-berak.

“Serius la? Mabuk ke pelanggannya?

“Kalau ye pun nak tinggalkan ‘asam jawa’, letaklah dalam plastik asal dia,” komen netizen.

Demikian antara komen netizen.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, pemuda berkenaan akhirnya tampil menjelaskan bahawa ‘majikan’ tersebut sebenarnya merupakan seekor kucing.

“Sebelum salah faham, saya perjelaskan ni (najis) dari kucing ye. Dah selesai,” katanya.

Tanpa memperincikan identiti pemilik kucing, dia turut tidak menyatakan bagaimana kucing tersebut boleh terlepas atau dibenarkan masuk ke dalam pusat karaoke.