Pelbagai desas desus terhadap Timbalan Perdana Menteri mengenai keadaan matanya. Tidak kurang seteru politiknya mula berkempen menggunakan situasi yang dihadapi dengan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.
Anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah akhirnya tampil mendedahkan punca mata ayahnya kelihatan lebam dan bengkak sehingga mencuri tumpuan warga maya sejak beberapa hari lalu.
Menurutnya juga, Zahid Hamidi ketika ini sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan mata.
“Iya… saraf mata dia tak berfungsi. Itu mata dia jadi (kelihatan) jatuh.
“Buat muka untuk apa, bukan ‘superstar’ pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu.
“Tetapi biasa lah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” kata Nurulhidayah membalas pertanyaan salah seorang pengikut laman sosialnya, di hantaran instagram beliau pada Selasa 4 Julai 2023.
Nurulhidayah turut memaklumkan sebagai ahli politik dan menggalas tanggungjawab besar dalam pentadbiran kerajaan, bapanya tidak mengambil cuti lama selepas menjalani pembedahan.
Pautan NurulHidayah Zahid di IG
https://www.instagram.com/p/CuRP_QOBcSN/?igshid=MzRlODBiNWFlZA%3D%3D