Netizen bengang, pelanggan ‘prank’ peniaga demi konten youtube sehingga bazir 25 balang biskut

Netizen bengang, pelanggan ‘prank’ peniaga demi konten youtube sehingga bazir 25 balang biskut.

‘Bod*hnya orang macam ni, buat prank memang tak kena tempat’- Netizen
‘Prank’ Tak Kena Tempat, Bazir 25 Balang! Netizen Bengang Pelanggan Pesan Biskut Demi Konten Youtube. Selalu sangat kita dengar scammer jadi penjual online, kan? Kali ni korang kena tahu, scammer pun boleh jadi di kalangan pembeli. Sekarang ni, macam-macam taktik orang guna untuk dapatkan duit secara mudah. Sama ada dengan sebesar-besar penipuan hingga sekecil-kecilnya.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian di laman Facebook yang tengah hangat jadi bualan netizen. Wanita ini telah berkongsi di laman Facebooknya perihal dirinya yang telah ditipu oleh seorang pembeli yang katanya ingin membeli biskutnya untuk sambutan Gawai.

Sampai hati aniaya peniaga-peniaga kecil
Difahamkan melalui perkongsian tersebut, scammer mula whatsapp kepada pemilik akaun Facebook Mieza Filzah yang juga merupakan seorang peniaga biskut untuk membeli biskutnya sebanyak 26 bungkus. Scammer tersebut juga menyatakan bahawa dia hanya dapat membayar menggunakan cash.

Scammer juga turut menghantar gambar kad pengenalan (IC) orang yang tidak dikenali kepada Mieza sebagai jaminan. Netizen bersangka bahawa kad pengenalan tersebut berkemungkinan milik orang lain dan bukan milik scammer tersebut.

Netizen bengang, pelanggan 'prank' peniaga demi konten youtube sehingga bazir 25 balang biskut

Peniaga dah makan banyak masa dan tenaga untuk siapkan pesanan, dia boleh-boleh bagitahu ini prank.
Kemudian, pada hari yang scammer sepatutnya mengambil pesanannya, Mieza diberitahu bahawa scammer tersebut dalam perjalanan untuk mengambil pesanannya dan hampir sampai. Ketika disoal menggunakan kereta apa, scammer tersebut beritahu bahawa dia dari ‘Youtube Mat Kacau’ dan menyatakan bahawa ianya hanyalah prank untuk kacau rakyat Sarawak.

Anda dah kena prank, sorry kita dari youtube mat kacau untuk kacau rakyat Sarawak terima kasih kerana melayan kami ye,”

Geram, bengang, sedih semua bercampur. Gurauan ini memang tidak dapat diterima. Di manakah akal untuk berfikir bahawa perbuatan ini sememangnya menyusahkan orang terutamanya para peniaga kecil yang bersusah payah guna tenaga dan masa untuk menyiapkan pesanan pelanggannya.

Ingatkan dia seorang yang kena, rupanya banyak lagi!
Tidak hanya itu, seorang peniaga lemang (FB Norfadiah Jamalludin) juga berdepan dengan situasi sama dimana dia ditipu seorang pelanggan yang mahu membeli lemangnya sebanyak 25 batang. Scammer tersebut turut sertakan kad pengenalan ‘orang lain’ untuk dijadikan jaminan kepada peniaga tersebut kerana tidak dapat membayar deposit secara atas talian.

Menakutkan, sekarang ni macam-macam taktik orang guna untuk konten
Scammer tersebut juga memberitahu kepada peniaga-peniaga tersebut bahawa dia akan membayar bonus kepada mereka jika video mereka cecah 100K tanda suka di Youtube. Menakutkan, sekarang ni macam-macam taktik orang guna untuk konten. Kita bahkan tidak tahu sama ada akaun youtube tersebut wujud atau tidak. Tindakan scammer ini hanyalah menyusahkan orang ramai.

Meninjau ruangan komen, rupanya ramai lagi yang terkena dengan ‘joybuyer’ acah-acah youtuber yang tidak bertanggungjawab ni. Semoga pengajaran dapat diambil dari perkongsian dua peniaga kecil ini dan dimurahkan rezeki kepada peniaga tersebut.

Bila dikira jumlah harga barang yang dipesan scammer dari dua peniaga tersebut, ternyata mencecah RM800. Baru dua orang, belum orang lain lagi yang dah pernah kena dengan scammer ni, ada yang cecah RM 4K…

Jika anda mengambil pesanan pelanggan dalam kuantiti yang agak besar, seeloknya minta deposit agar kejadian ini tidak berulang. Berhati-hati lah ya!

BACA:

Lelaki ini dedahkan perbezaan isi minyak Petronas dan Shell, mana lebih baik

Harga minyak masak semakin menggila, kini cecah rm43 untuk 5kg

Ini minuman paling terbaik didunia boleh diamal untuk kesihatan