Siapa yang berani dedahkan diri sebagai anak tak sah taraf, memang kebebasan bersuara hari ini tiada batas.
Tatkala namanya sedang menjadi bualan hangat warganet kerana didakwa mempunyai anak tidak sah taraf, personaliti radio Halim Othman lebih selesa tidak memberi sebarang komen berhubung pendedahan Myra Natasya.
Kata Halim, 60, dia sudah lama tidak berjumpa anaknya itu sebaliknya mendakwa Myra berada dalam keadaan tidak sihat dan meminta pelakon itu berjumpa dia atau ibunya bagi membincangkan isu dibangkitkan.
“Basically I don’t have any further comments. She is not well. I just want her see me or (her) mother. I haven’t seen her for more than a year. (Secara asasnya saya tiada komen lanjut. Dia tidak sihat. Saya hanya mahu dia jumpa saya atau ibunya. Saya tidak pernah berjumpa dia setahun lebih),” katanya menerusi WhatsApp ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Dalam pada itu, Halim menganggap isu tersebut tidak perlu dipanjangkan kerana ia melibatkan banyak pihak.
“Rasa letih bila isu ini timbul semula. Saya nak tutup cerita ini. Kita move on, tidak perlu dipanjangkan. Kita kena jaga sensitiviti banyak pihak,” jelasnya.
Myra pada Ahad mendedahkan ibunya iaitu Yusnita Omar, 49, dan Halim tidak pernah berkahwin di Thailand seperti mana dicanang sebelum ini dan status kelahirannya pula sebagai anak tidak sah taraf.
Bekas peserta Dewi Remaja 2019 itu memberitahu selama ini dia terpaksa menipu kononnya Halim dan Yusnita pernah berkahwin dan ia dibuat semata-mata untuk menjaga nama baik personaliti berkenaan.
Namun begitu Myra terpaksa mendedahkan perkara sebenar selepas Halim didakwa menukar status sijil kelahiran dengan mengisi namanya pada bahagian maklumat bapa yang sebelum ini kosong.
Tidak hanya itu, Myra terguris hati apabila nama bapa angkatnya iaitu Kenny Chan, 60, hanya diletakkan di ruang pemaklum.
Pada April 2022, Myra membuat pendedahan eksklusif kepada mStar bahawa dia tidak berbintikan Halim kerana ibu bapanya bernikah di Thailand pada 1995.
Kata Myra, mereka bercerai ketika dia berusia setahun dan urusan penceraian itu kemudian diselesaikan di Thailand pada tahun 1998.
Baca juga : Kid Din memang kaki putar belit