Merdeka 118 kini diiktiraf bangunan tertinggi di Asia Tenggara

Merdeka 118 kini diiktiraf bangunan tertinggi di Asia Tenggara. Mercu tanda baharu negara, Merdeka 118 kini secara rasminya telah menjadi menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Pencapaian itu direkodkan setelah penyempurnaan puncak menara itu berlangsung semalam (30 November 2021).

Kedua Tertinggi Di Dunia

Menara yang mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu juga telah dinobatkan sebagai menara kedua paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter. Sebelum ini, kedudukan menara kedua tertinggi itu telah dipegang oleh Shanghai Tower pada ketinggian 632 meter.

Difahamkan, Merdeka 118 yang diinspirasikan dari figura Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj ketika melaungkan merdeka itu akan menempatkan 83 tingkat pejabat manakala selebihnya akan menjadi bilik hotel mewah Park Hyatt.

Merdeka 118 kini diiktiraf bangunan tertinggi di Asia Tenggara

Dek Pemerhatian Tertinggi Di Dunia

Pada tingkat bawah menara ini pula akan menempatkan pusat membeli-belah yang baharu selain terdapat masjid,taman awam serta beberapa kemudahan yang lain.

Antara tarikan utama Merdeka 118 adalah dek pemerhatian yang terletak di atas menara yang merupakan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara.

Di sini pengunjung boleh menikmati panorama 360 darjah bandaraya Kuala Lumpur, serta melakukan aktiviti-aktiviti mencabar seperti berjalan di luar menggunakan tali pada ketinggian 500 meter.

Melengkapkan rekod Merdeka 118, pada puncak menara (Spire) yang berada pada ketinggian 566 meter akan dibuka untuk para pengunjung sekaligus menjadi dek pemerhatian tertinggi di dunia!

BACA:

Tak kemas meja lepas makan bakal dikompaun RM900

Kantoi terlanjur lelaki lain, suami jatuh talak depan anak-anak

Teknik mudah mahu halau lipas dari rumah