Melonjak sebanyak 51 peratus, lebih daripada 80,200 unit kereta Honda terjual

Melonjak sebanyak 51 peratus, lebih daripada 80,200 unit kereta Honda terjual. Honda Malaysia mencatatkan jualan lebih daripada 80,200 unit kereta pada 2022, melonjak 51 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, jualan tersebut mengatasi sasaran awal sebanyak 80,000 unit dan membolehkan Honda mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta nombor 1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional bagi sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.

Menurutnya, City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.

“2022 merupakan tahun mencabar dengan kekurangan cip global dan bencana banjir yang menjejaskan pengeluaran kereta kami.

“Kami bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar bagi memastikan penyerahan kereta yang tepat pada masa kepada pelanggan, terutamanya mereka yang menempah kereta semasa tempoh pengecualian cukai jualan,” kata pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya Hironobu Yoshimura dalam kenyataan tersebut.

Honda Malaysia berkata dari segi jualan serantau, wilayah tengah merupakan penyumbang tertinggi sebanyak 51 peratus, diikuti wilayah selatan dan utara masing-masing pada 19 peratus dan 17 peratus.

BACA JUGA:

Pakar Perubatan Kesihatan Awam UPM bersetuju dengan keputusan kerajaan tidak menutup sempadan negara buat masa ini

Pendakwaan ke atas bekas Pengerusi FELDA tidak diteruskan, mahkamah beri kebebasan

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Tenggara ingatkan Lokman, usah seperti gunting dalam lipatan