Maybank utamakan keselamatan siber, jamin data pelanggan tetap selamat

Maybank utamakan keselamatan siber, jamin data pelanggan tetap selamat. Maybank tampil menjelaskan bahawa tuduhan yang mengatakan berlakunya kebocoran data pengguna mereka, sebenarnya adalah tidak benar. Selepas membuat siasatan bersama pihak ketiga, Maybank mengesahkan bahawa kebocoran data yang diwar-warkan itu adalah palsu.

Dalam kenyataan tersebut, mereka menyatakan bahawa Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank. Maybank menjamin kepada pelanggan bahawa data mereka kekal selamat dan tiada sebarang data pelanggan yang terdedah.

Beradasarkan data yang dikatakan didedahkan oleh penjual di forum atas talian, pangkalan data yang dikatakan milik ‘Maybank’ mengandungi 1.8 juta rekod termasuk nama, 12-digit nombor yang tidak ditanda, nombor telefon dan alamat penuh. Tiada maklumat pembayaran atau daftar masuk seperti nama pengguna, kata laluan atau nombor kad.

Pada Jumaat lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengeluarkan kenyataan bahawa pangkalan data yang dikatakan terdedah itu mengandungi nombor akaun Maybank yang tidak sah. Bermakna, sesiapa yang memiliki maklumat tersebut, tidak dapat berbuat apa-apa dengan nombor 12-digit itu.

KKD sedang menyiasat perkara tersebut bersama Jabatan Perlindungan Data Peribadi, dan disokong oleh CyberSecurity Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diarahkan untuk menyekat laman web yang menawarkan maklumat tersebut.

BACA JUGA:

Hangat menjelang PAU, siapa pencabar Zahid masih menjadi tanda tanya

Syahiran gesa Kerajaan Kelantan bentangkan laporan agihan bantuan banjir secara terperinci

RM100 juta kerugian bangunan belum termasuk barang jualan, gudang Jakel terbakar