Makin huru-hara, Russia serang loji kuasa nuklear terbesar di Eropah

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Makin huru-hara, Russia serang loji kuasa nuklear terbesar di Eropah russia vs belgium finland vs russia time in russia russia population russia map suka in russia russia vaccine[/bg_collapse]

 

Loji jana kuasa nuklear Zaporizhzhia yang terbesar di Ukraine terbakar pada awal pagi Jumaat selepas diserang tentera Rusia.

Siaran langsung dari stesen itu menunjukkan barisan kenderaan tentera menembak ke arah bangunan di loji nuklear, menyebabkan api marak di tapak yang terletak di tenggara negara ini.

Mencetuskan kebimbangan radiasi di negara yang sedang diceroboh oleh tentera Rusia. Sebagai tindak balas kepada serangan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menuduh Rusia melakukan ‘keganasan nuklear’.

Manakala Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB dalam beberapa jam lagi, kata jurucakap Downing Street.

Makin huru-hara, Russia serang loji kuasa nuklear terbesar di Eropah russia vs belgium finland vs russia time in russia russia population russia map suka in russia russia vaccine

Ia adalah loji nuklear terbesar seumpamanya di Eropah

‘UK akan membangkitkan isu ini dengan segera kepada Rusia,’ tambah mereka. Dalam keadaan yang huru-hara ini, seorang pegawai Kyiv memberitahu The Associated Press bahawa tahap radiasi yang tinggi telah dikesan berhampiran tapak loji itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Jurucakap loji berkata, keadaan kekal pada tahap normal dan saluran TV 24 Ukraine memetik pengarah loji itu sebagai berkata, bahawa ‘keselamatan radiasi’ terjamin.

Kementerian tenaga atom Ukraine berkata, salah satu daripada enam unit penjanaan di loji di Enerhodar telah disambar bedilan Rusia.

Zaporizhzhia mempunyai enam reaktor nuklear dan menghasilkan hampir satu perempat daripada kuasa Ukraine.

Laporan awal menyatakan tentera Rusia menghalang perkhidmatan kecemasan daripada tiba di lokasi yang menempatkan bahan radioaktif, tetapi media tempatan kemudian berkata, anggota bomba kini sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran.

Jurucakap loji Andriy Tuz memberitahu televisyen Ukraine bahawa situasi mendesak untuk menghentikan api yang marak.

Katanya, reaktor yang terbakar itu sedang dalam pengubahsuaian dan tidak beroperasi, tetapi terdapat bahan api nuklear di dalamnya.

Tonton:

Baca:

Reaksi monyet ni merajuk buat netizen terhibur, tak dapat naik motor punya pasal..

Selepas setahun lancar sambal nyet, Khairul Aming kongsi jumlah jualan terkumpul

Jom tebus e-wallet 2022 sebanyak RM150, ini caranya