Mak mentua tak bagi czer, wanita nekad lompat keluar dari labour room

Bersalin secara normal mahupun czer tidak akan merendahkan martabat seorang wanita sama sekali. Namun bagi segelintir orang tua yang berfikiran kolot, entah mengapa mereka seakan ‘pantang’ mendengar perkataan czer. Lebih teruk lagi sekiranya prinsip tersebut tetap dipegang walaupun keselamatan seorang bakal ibu sudah berada di hujung tanduk. Demikianlah nasib malang yang menimpa Ma Nhung Nhung yang berasal dari Tiongkok, China ini bila mana ibu mentuanya, Duong Hoai Le, mendesaknya untuk beranak secara normal.

Lompat Dari Labour Room, Menantu Akhiri Hidup Sebab Mak Mentua Tak Izin Czer

Tahu tak berapa kos czer? Dahulu saya ketap gigi & lahirkan Dien secara normal – Ibu mentua

Mak mentua tak bagi czer, wanita nekad lompat keluar dari labour room

Menurut saranan doktor, dia perlu melahirkan secara czer memandangkan kepala bayinya agak besar. Jika tetap dilahirkan mengikut vagina, dikhuatiri risiko lain bakal terjadi. Merasa tersepit dengan desakan itu, Ma terpaksa akur dan cuba sedaya upaya melahirkan secara normal. Namun penyiksaan semakin dirasai kerana bayinya masih tidak menunjukkan tanda-tanda keluar. Di sini, Ma sudah mula merayu pada suaminya, Dien Trang Trang untuk menandatangani surat persetujuan operation, namun masih dihalang lagi oleh ibu mentuanya. Langsung tidak mempertahankan isteri, sebaliknya Dien hanya menuruti perintah ibunya tanpa mengetahui tindakan yang bakal dilakukan oleh isterinya.

Lompat Dari Labour Room, Menantu Akhiri Hidup Sebab Mak Mentua Tak Izin Czer

Dalam sekelip mata, suami kehilangan isteri & anak dalam kandungan

Ketika seorang perawat datang untuk memeriksa keadaannya, Ma yang semakin tertekan telah menolak dan berjalan pergi ke ruangan lain. Dia dipercayai masuk ke dalam sebuah labour room yang tidak berkunci dan nekad melompat dari situ. Dien akhirnya kehilangan 2 insan tersayang iaitu seorang isteri bersama bayi yang belum sempat dilahirkan ke dunia ini.

Lompat Dari Labour Room, Menantu Akhiri Hidup Sebab Mak Mentua Tak Izin Czer

Hubungan ibu mentua & menantu memang tidak begitu baik

Rupanya dari awal kehamilan, Dien sengaja membawa ibunya tinggal bersama untuk memantau keadaan Ma. Namun kehadiran Duong ke rumah mereka tak ubah seperti satu malapetaka. Misalnya, Duong suka memaksa menantunya makan labu atas alasan boleh kenyangkan perut. Padahal, Ma akan merosa loya setiap kali menjamah sayuran tersebut. Suami pula akan terus menyebelahi ibu dan tidak pernah bersuara apalagi mempertahankan Ma. 2 beranak itu kemudiannya menyalahkan pihak perubatan atas kecuaian mereka yang menyebabkan insiden itu terjadi. Padahal di satu sudut lain, tekanan yang dialami Ma tercetus akibat dilarang melahirkan secara czer.

Baca : Ada sebab jam dinding asyik mati, ramai tak tahu tak semua bateri sama jenis