LUMAYAN TAPI DOSA! : Pelajar IPT Ketagih Jual Gambar B*gel Raih Untung Beribu Ringgit

Boleh dikatakan dunia ketika ini tidak seperti dahulu. Dengan wujudnya telefon bimbit dan platform media sosial, pelbagai perkara yang boleh dilakukan sama ada baik ataupun buruk.

Tetapi untuk gadis ini, dia menyedari hal yang dilakukan olehnya salah tetapi tetap melakukan hal tersebut hanya kerana mahukan duit.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Tisya itu memberitahu dirinya terjebak dalam Dark Side Account, di mana konten yang ada dalam platform tersebut semuanya tidak senonoh.

Katanya, keadaan terdesak serta pengaruh rakan membuatkan dirinya mula membuat konten-konten tidak senonoh dan selepas dapat income beribu ringgit dengan hanya bagi satu video kepada pelanggan, dia mula menjadi ‘seronok’.

Baca : MISTERI: Ratusan Coli Tergantung Dalam Tokong Menjadi Seribu Persoalan

@beautifulnara Tisya, (bukan nama sebenar) telah sudi berkongsi kisah beliau sebagai bekas pemilik ‘DS Account’. Audio telah disunting untuk melindungi identiti sebenar ’tisya’. #cerita #darkside #sembangentertainment #mediasosial ♬ original sound – Beautifulnara.com

Akibat tamak, Tisya juga melakukan servis kepada pelanggan dan merasakan dirinya tidak boleh berpatah balik kerana sudah dikaburi dengan duit.

Hal yang membuatkan pelajar universiti itu mula buka mata untuk berubah selepas ibu bapa mengetahui perkara jijik yang dilakukannya dan dibuang keluarga kerana merasakan ia sangat keterlaluan.

Tisya turut sempat meninggalkan nasihat agar orang-orang muda tidak terjebak dalam situasi tersebut biarpun sangat memerlukan duit lebih.

Baca Selanjutnya: