Lori langgar kereta : Pemandu dikesan, tiada ganti rugi

Polis mengesahkan pemandu lori yang terbabit melanggar lebih 10 buah kereta di di Kompleks E, di Putrajaya semalam sudah dikesan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, pemandu lori berkenaan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan.

“10 daripada pemilik kereta yang terbabit kejadian itu sudah hadir ke IPD Putrajaya untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

https://youtu.be/aS8UUBORlD0

Sementara itu, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, CGSO Parcel E juga memaklumkan, lokasi kejadian telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan untuk parkir sebarang kenderaan.

“Tiada sebarang tuntutan ganti rugi yang boleh dibuat oleh mangsa yang terlibat memandangkan kawasan atau laluan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan yang tidak dibenarkan parkir,” katanya.

Katanya, pihaknya juga difahamkan, polis akan mengadakan operasi di laluan itu bagi menghalang pengguna meletakkan kenderaan dan boleh mengeluarkan saman kepada mereka yang tidak patuh.

Sebelum ini, tular sebuah video di laman sosial memaparkan sebuah lori melanggar lebih 10 buah kereta. Pelanggaran itu menyebabkan pelbagai kerosakan termasuk kesan calar dan kerosakan cermin sisi.

BACA JUGA : PDRM dedah siapa individu terlibat penyeludupan dadah RM431 juta ke Australia
Pelakon dan pengarah ditangkap salah guna dadah
Kajian dedah wanita berumur 53 tahun paling menikmati hubungan intim