Kerajaan PN enggan tambah bantuan ekonomi kepada rakyat

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini berkata tiada rancangan untuk menambah peruntukan pakej rangsangan ekonomi buat masa ini.

Beliau berkata sebarang pakej tambahan akan diumum bergantung kepada proses pemulihan ekonomi negara

“Buat masa ini kita belum lagi ada rancangan untuk buat tambahan kepada pakej PRIHATIN dan PENJANA kerana fokus kita sekarang ialah untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi,” kata beliau ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian-BN) pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1862638&fbclid=IwAR2DUgCiRlcd-caSprBBtxF0zf1zMC8_PRbRttSv9FHT_r3s2gWlGryfw-c#.XxaQRE3s0X0.facebook