”Kerajaan perlu bentang pelan tindakan, tangani krisis kesihatan dalam negara” – Azrul Mohd Khalib

”Kerajaan perlu bentang pelan tindakan, tangani krisis kesihatan dalam negara” – Azrul Mohd Khalib

Kumpulan kesihatan awam mencadangkan empat isu perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan Perpaduan untuk diguna sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi sektor kesihatan dalam 100 hari pertama pentadbiran.

Cadangan itu dikemukakan Pusat Kesihatan dan Dasar Sosial Galen yang berharap kerajaan memberi perhatian bagi menambah baik infrastruktur sistem penjagaan kesihatan awam, tenaga kerja, meningkatkan liputan kesihatan dan kualiti penyampaian perkhidmatan serta menangani pelbagai krisis yang sedang dialami.

Ketua Pegawai Eksekutif Galen, Azrul Mohd Khalib, berkata sama ada kerajaan menyedari atau tidak, sistem penjagaan kesihatan negara dan kesihatan rakyat di negara ini berada dalam krisis.

“Kerajaan perlu menyediakan dan membentangkan pelan komprehensif untuk menyelesaikan isu berkaitan perkhidmatan kesihatan.

“Selain itu, kesesakan di jabatan kecemasan hospital yang menyebabkan pesakit perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan termasuk untuk mendapatkan katil di wad juga perlu diatasi.

“Situasi ini adalah indikator yang menunjukkan sistem kesihatan negara ini tidak berfungsi dengan sempurna.

“Jadi, kerajaan mesti membangunkan dan membentangkan pelan tindakan untuk menangani krisis ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azrul turut menggesa kerajaan melaksanakan audit kebakaran dan mengambil langkah keselamatan yang berkaitan dengan kemudahan penjagaan kesihatan awam.

Beliau turut memetik kebakaran yang melanda unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pada Oktober 2016 yang mengakibatkan enam pesakit maut dan beberapa lagi cedera.

“Laporan ini perlu dikeluarkan secara terbuka daripada jawatankuasa bebas walaupun ia masih tidak diklasifikasikan,” katanya.

Selain itu, Azrul turut menggesa kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 termasuk mengawal segera produk vape.

BACA JUGA :

Lebih RM100,000, wang bantuan awal persekolahan disyaki disamun

Kerjasama HQE2, UMS dalam melakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh berjaya

Elak diri dari berlaku curang, sentiasa ingat pengorbanan seorang isteri