Kenapa Ramai Orang Melayu Tertipu Dengan Tanah Lot Lidi? Walhal Tanah Jenis Ini Sangat Berisiko Namun Ramai Tak Ambil Peduli…

Dengar sahaja tawaran harga tanah yang murah, pasti sesiapa sahaja akan rambang mata.

Walaupun ada tawaran harga tanah yang benar-benar berbaloi, anda juga perlu berhati-hati dengan tanah lot lidi yang semakin popular di Malaysia.

Malah dilaporkan ada sindiket menawarkan penjualan tanah lot lidi dengan harga hanya RM30,000 untuk satu lot

Kenapa ramai sarankan kalau nak beli tanah jangan sesekali beli ‘lot lidi’? Lot lidi itu apa? yang boleh menyebabkan kerugian besar kerana ia tidak diiktiraf undang-undang!

Walaupun ditawarkan dengan harga yang murah, namun tanah lot lidi ini mempunyai pelbagai risiko kepada pihak pembeli dan boleh membawa kepada kerugian yang besar. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 11 risiko tanah lot lidi yang anda perlu tahu.

Apa itu tanah lot lidi?

Lot lidi merupakan tanah yang mempunyai geran yang sah namun ia akan dibahagikan kepada beberapa lot yang kecil untuk dijual semula kepada pembeli.

Biasanya, ia merupakan tanah yang berstatus tanah pertanian tetapi dijual sebagai lot bangunan kepada pihak pembeli yang lain. Lot lidi juga tidak mempunyai sebarang geran individu berasingan dan berbeza dengan geran kongsi pemilikan bersama.

Bahaya Beli Tanah Lot Lidi | Apa Itu Tanah Lot Lidi? - Bantuan Kerajaan  Malaysia

Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada tanah yang dijual ini merupakan tanah lot lidi:

  1. Dijual atas nama lot rumah atau lot banglo tetapi status tanah masih pertanian
  2. Pembelian bukan mengikut prosedur jual beli mengikut undang-undang yang betul dengan hanya nama seorang pemilik sahaja di atas geran. Hanya dokumen Surat Pemegang Amanah dikeluarkan bagi pembeli yang lain
  3. Tidak ada geran individu berasingan, hanya geran yang akan dikongsi bersama pembeli-pembeli yang lain
  4. Pihak penjual akan menyarankan pihak pembeli membuat pinjaman peribadi

8 Sebab Kenapa Jangan Beli Tanah Lot Lidi - Majalah Labur

Cara paling mudah untuk mengenal pasti lot lidi ialah, tanya kepada pihak penjual adakah nama anda sebagai pihak pembeli akan ada pada geran dan bukannya hanya di dalam dokumen Surat Pemegang Amanah sahaja.

Jika jawapannya tiada nama di dalam geran, awas, anda mungkin berhadapan dengan penjual tanah lot lidi.

11 Risiko membeli tanah lot lidi

Walaupun tanah lot lidi ini biasanya akan dijual dengan harga yang sangat murah, ia boleh mendatangkan pelbagai risiko yang boleh merugikan anda sebagai pihak pembeli. Jom kita ketahui risiko yang akan dihadapi bagi pembeli tanah lot lidi ini.

1. Tidak semua nama pembeli lot akan ada di dalam geran

Lot lidi merupakan tanah yang dipecahkan kepada lot kecil dan biasanya akan mempunyai bilangan pemilik yang ramai. Namun, hanya seorang wakil atau dikenali sebagai Pemegang Amanah akan mempunyai nama di dalam geran. Malah, ada urusan pembelian tanah lot lidi ini mempunyai nama pemilik asal lagi sebagai pemilik tanah tersebut di dalam geran.

Pihak penjual biasanya akan menggunakan dokumen Surat Pemegang Amanah yang meletakkan nama pembeli bagi menyakinkan mereka. Namun, dokumen Surat Pemegang Amanah ini tidak melayakkan mana-mana pembeli yang namanya tiada di dalam geran untuk melakukan apa jua urusan dengan tanah lot lidi yang dibeli tersebut.

Risiko terbesar beli tanah lot lidi'

2. Sebarang transaksi jual beli sukar dilakukan secara sah

Seterusnya, disebabkan nama pembeli lot lidi tidak ada pada geran, ia akan menyukarkan sebarang transaksi jual beli bagi tanah lot lidi tersebut. Katakanlah salah satu pembeli tanah lot lidi tersebut ingin menjual tanah lot lidi tersebut, ia tidak akan menjadi sah di sisi undang-undang.

Tidak ada cara lain selain membuat Surat Pemegang Amanah baharu (yang juga tidak diiktiraf sama sekali di sesetengah negeri seperti Selangor bagi tanah lot lidi). Walaupun begitu, sekiranya Pemegang Amanah enggan melakukannya, maka proses jual beli tanah juga tidak akan berlaku.

3. Pembeli tanah lot lidi tidak ada sebarang hak dari sudut undang-undang sebagai tuan tanah

Bagi memastikan hak anda sebagai tuan tanah, di bawah Kanun Tanah Negara, hak dan kepentingan pembeli terhadap sesuatu hartanah hanya akan diiktiraf undang-undang selepas ia didaftarkan pindah milik kepada nama pembeli.

Jadi,hak dan kepentingan pembeli terhadap tanah lot lidi tidak akan dilindungi oleh undang-undang sekiranya tiada bukti yang sah iaitu nama pihak pembeli sendiri di atas geran tanah.

Rakyat, pemimpin perlu pertahan kedaulatan undang-undang, tadbir urus negara

4. Risiko Pemegang Amanah (nama pemilik tanah di atas geran) meninggal dunia

Apabila berlakunya kematian Pemegang Amanah atau nama pemilik tanah di atas geran, maka ia akan menjadi suatu proses yang sangat rumit dan panjang. Disebabkan pembeli-pembeli lain tiada nama di dalam geran, dari sudut undang-undang, mereka tidak layak untuk menuntut hak mereka.

Hal ini akan menjadi lebih sukar sekiranya waris Pemegang Amanah atau pemilik tanah di atas geran enggan memberikan kerjasama kepada pembeli-pembeli lot lidi yang lain dan mendakwanya sebagai hartanya sendiri.

5. Tidak boleh diwariskan sekiranya meninggal dunia

Bagaimana pula jika salah seorang pembeli tanah lot lidi ini meninggal dunia? Disebabkan nama lot pembeli tanah lot lidi tiada di dalam geran, ia tidak akan boleh diwariskan sekiranya seseorang itu meninggal dunia.

Secara teorinya, ia masih milik Pemegang Amanah kerana hanya namanya sahaja yang berada di dalam geran.

RISIKO BELI LOT LIDI - Ejen tanah | Tanah Untuk Dijual rumah untuk dijual |  Broker Tanah Jual Tanah Ejen Tanah di Cheras, Ampang, Kajang, Bangi,  Semenyih, Hulu Langat, Petaling Jaya, USJ,

6. Tiada sebarang pampasan oleh kerajaan

Katakanlah pihak kerajaan ingin mengambil alih tanah tersebut bagi sebarang projek kerajaan dan ingin memberikan pampasan. Sebagai pihak pembeli tanah lot lidi yang tiada nama di dalam geran, anda tidak layak untuk menuntut sebarang pampasan daripada pihak kerajaan.

Kerajaan hanya akan menyerahkan wang kepada nama pemilik tanah di atas geran atau Pemegang Amanah. Oleh itu, pembeli tanah lot lidi ini perlu berurusan dengan Pemegang Amanah bagi mendapatkan pampasan tersebut.

7. Tidak boleh membuat pinjaman perumahan

Bagi sebarang pinjaman perumahan, salah satu syarat wajib bagi pinjaman dengan pihak bank ialah nama pihak peminjam merupakan pemilik sah tanah tersebut iaitu nama yang berada di atas geran tanah.

Walaupun anda adalah pihak pembeli lot lidi, namun selagi tiada nama yang sah di atas geran, anda tidak akan mendapat pinjaman daripada pihak bank.

8. Tidak boleh membina rumah sendiri di atas tanah lot lidi

Pada kebiasaannya, tanah lot lidi ini merupakan tanah dengan status pertanian. Mengikut syarat yang telah ditetapkan, tanah dengan status pertanian tidak boleh dibina sebarang bangunan atau rumah. Ia hanya boleh dilakukan sekiranya pemilik tanah tersebut menukar status tanah pertanian tersebut sebagai tanah berstatus bangunan.

Namun, ia bergantung kepada kelulusan pihak yang berkaitan. Jika anda hanya sekadar pembeli tanah lot lidi yang langsung tidak ada nama pada geran tanah, seperti yang telah diterangkan, anda tidak akan layak untuk apa-apa urusan berkaitan tanah walaupun untuk menukar status tanah ini.

Hindari membeli lot lidi dan tanah lot murah," - Buat rumah tapi tetap  bukan kita punya. Ini pesan pakar hartanah - UtusanTV

Jika anda berdegil juga membina rumah sendiri di atas tanah lot lidi tersebut, ia secara tidak langsung telah melanggar Seksyen 125 Kanun Tanah Negara, yang boleh menyebabkan anda akan didenda dan tanah dirampas.

9. Kerajaan negeri tidak mengiktiraf tanah lot lidi

Masalah penjualan tanah lot lidi ini juga menarik perhatian kerajaan negeri untuk mengambil tindakan terhadap isu ini. Contohnya, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menolak semua permohonan Pendaftaran Surat Ikatan Amanah atas semua sebab bagi kesemua lot-lot kecil tanah pertanian di Negeri Selangor. Malah, Kerajaan Negeri Selangor dengan tegasnya tidak mengiktiraf penjualan dan pemilikan tanah lot lidi di Negeri Selangor.

Perkara ini jelas disebabkan penjualan tanah lot lidi melanggar syarat nyata tanah itu sendiri di mana tanah-tanah lot lidi dijual yang berstatus pertanian tidak dipohon tukar syarat atau pecah sempadan di Pejabat Tanah dan Daerah. Akhirnya, penjualan tanah secara lot lidi ini mengundang pelbagai masalah kepada pembeli kerana tiada geran individu dan urusan jual beli dijalankan berdasarkan “Surat Ikatan Amanah” sahaja.

10. Hak pembeli tidak dilindungi dari sudut undang-undang

Sebenarnya, berpunca daripada tiada prosedur undang-undang yang sah sewaktu membeli tanah lot lidi ini, pihak pembeli akan mudah terdedah kepada unsur-unsur penipuan. Sekiranya pihak pembeli cuba untuk melawan dari sudut undang-undang, disebabkan tiada bukti (nama di dalam geran) dan dokumen yang sah, ia lebih menyukarkan pihak pembeli.

11. Mudah terdedah kepada unsur penipuan oleh pihak penjual

Jika anda dijanjikan bulan dan bintang oleh pihak penjual, jangan mudah terpedaya dalam pembelian lot lidi. Antara beberapa situasi di mana pihak penjual memberikan pelbagai janji manis dan akhirnya pihak pembeli ditipu ialah:

  1. Akan menukar status tanah setelah semuanya habis dijual

  2. Akan menggunakan khidmat juru ukur berlesen apabila tiba masanya memecahkan lot

  3. Lot lidi sah dari segi undang-undang

  4. Tidak akan berlaku sebarang masalah pada masa akan datang

Adakah tanah lot sebenarnya boleh dibeli?

Sekiranya benar-benar mematuhi syarat yang ditetapkan, tanah lot dan bukannya tanah lot lidi boleh dijual beli mengikut prosedur yang sah dari segi undang-undang, contohnya tanah yang memiliki geran individu berasingan dan berstatus bangunan.

Oleh itu, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat pakar sebelum melakukan sebarang pembelian dan bukan hanya melihat pada tawaran harga yang murah.

Membeli tanah bukan suatu perkara yang boleh diambil mudah. Ia melibatkan jumlah duit yang besar dan boleh memberikan kerugian yang besar jika tersalah langkah. Jika hanya kerana tanah, adik-beradik boleh berpecah belah, apatah lagi sekiranya ia melibatkan perkongsian tanah antara orang luar seperti tanah lot lidi ini.

Kami harap perkongsian artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak terutamanya dalam pembelian tanah.

Baca Selanjutnya :