KEJAM !!! Pasangan suami isteri cungkil mata anak kerana sering dengar bisikan ghaib

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mata kanannya mengalami pendarahan teruk akibat dicungkil keluarganya sendiri.

Kejadian ngeri yang berlaku di wilayah Gowa, Indonesia pada Jumaat semalam itu disaksikan oleh bapa saudaranya, Bayu yang kebetulan berada di luar rumah mereka.

“Kami baru pulang dari majlis pengebumian dan berada di di depan rumah. Tiba-tiba kami terdengar jeritan kanak-kanak menangis, jadi kami masuk.

Motif Orang Tua di Gowa Berusaha Cungkil Mata Anak: Halusinasi |  kumparan.com

“Rupa-rupanya matanya (ketika itu) sedang dicungkil oleh mak ayah dan abangnya, sementara neneknya pula sedang memegang tangan dan kakinya.

“Jadi kami terus mengambilnya untuk diselamatkan,” katanya, memetik laporan Kompas.

Mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Syech Yusuf Sunggiminasa yang terletak di wilayah yang sama dalam keadaan parah serta mata kanannya tercungkil keluar.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut didakwa sering menjadi mangsa pemujaan oleh ahli keluarganya sendiri, malah ibunya juga dikatakan selalu terdengar bisikan-bisikan ghaib.

“Di rumah itu mereka memang selalu buat perkara-perkara dan ritual aneh, salah satunya pemujaan kepada makhluk ghaib untuk mendapatkan wang.

“Mereka juga kerap berhalusinasi,” tambahnya.

Kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan kelima-lima suspek iaitu ayah, emak, abang, bapa saudara dan nenek telah ditahan.

Sementara itu Ketua Polis Gowa, Boby Rachman berkata, dua daripada mereka yang ditahan itu telah dibawa ke Hospital Sakit Jiwa Dadi Makassar bagi menjalani pemeriksaan mental.

“Kejadian ini adalah kes kekerasan dalam rumah tangga terhadap anak bawah umur dan setakat ini, kami telah menahan tiga orang dan dua lainnya menjalani pemeriksaan mental.

“Siasatan awal mendapati mereka mungkin mengalami gangguan mental, tetapi kami masih menunggu keputusan penuh pemeriksaan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun hasil siasatan menunjukkan, motif kes tersebut berlaku adalah disebabkan halusinasi yang dialami suspek terbabit.

“Berdasarkan keputusan, motif suspek berbuat demikian adalah kerana berhalusinasi, di mana suspek mendakwa kerap mendengar bisikan ghaib yang menyuruhnya untuk melakukan kekerasan terhadap mangsa,” tambahnya.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/05/mak-ayah-tergamak-cungkil-mata-anak-sendiri-sebab-dengar-bisikan-ghaib/?

BACA JUGA :

Ini antara 4 sebab dipercayai punca Penjawat Awam terima rasuah – Kajian
Tular !!! Garaj pemimpin pemuda Umno seperti bilik pameran supercar
Lelaki terkejut selepas melihat realiti gaji ‘Engineer’ di Jepun dan Malaysia