KECEWA! : Tunang Dirampas Penyondol, Pelakon Lelaki Popular Luah Kekecewaan Di Media Sosial Undang Pelbagai Reaksi

Musnah harapan pelakon lelaki, Talha Harith mahu mengas wanita itu kantoi sudah menikahi lelaki lain.

Dengan rasa kecewa, Talha memberitahu persiapan untuk bernikah sudah siap sepenuhnya, namun bekas tunang pilih untuk kahwini lelaki lain.

Difahamkan, pelakon itu pernah menegur lelaki yang cuba menganggu hubungan mereka tetapi sama sekali tidak diendahkan.

 

Penyondol itu pula bila orang dah tegur patutnya tone down sikit. Ajak jumpa tak nak, takut.

Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Talha di laman Instagramnya, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Talha Harith (@talhaharith)

Kata Talha lagi, ibu kepada bekas tunang sangat terkejut apabila mengetahui anak perempuan sendiri pilih lelaki lain hingga menangis-menangis.

Menurut Talha, Diyana pernah bertunang dengan lelaki berkenaan sebelum ini serta mendakwa wanita itu ditinggalkan dengan alasan hubungan mereka tidak direstui keluarga.

talha 22 - 1

Kemudian wanita itu bertunang dengan Talha pada Ogos tahun lalu namun tiba-tiba berubah hati serta kembali memilih lelaki berkenaan.

“Sebenarnya lelaki ini adalah bekas tunang Diyana. Mereka sempat bertunang sebulan sahaja, selepas itu mereka putus. Lelaki itu kemudiannya berkahwin dengan wanita lain. Mereka berkahwin selama lebih kurang tujuh tahun dan bercerai pada Disember tahun lalu.

“Sejak itu tunang saya berubah 180 darjah. Kami tidak bergaduh tetapi tiba-tiba dia minta putus pada Mei lalu,” katanya.

Baca Selanjutnya :