Ke fasa endemik, KJ jawab status pembukaan Kelab Malam

Ke fasa endemik, KJ jawab status pembukaan Kelab Malam. Kelab malam merupakan satu-satunya premis yang masih tidak dibenarkan beroperasi meskipun negara memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana premis tersebut berisiko tinggi dalam menyebarkan virus Covid-19.

“Bulan April nanti hanya ada satu premis sahaja yang masih tidak boleh dibuka.Ia merupakan premis yang berisiko tinggi walaupun dalam peralihan endemik,” katanya.

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Ke fasa endemik, KJ jawab status pembukaan Kelab Malam

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan semasa sidang akhbar berkenaan peralihan ke endemik yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial, pada Rabu.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Jelas beliau, had waktu operasi bagi premis perniagaan turut dimansuhkan dan pemilik premis dibenar menjalankan waktu perniagaan mengikut syarat lesen masing-masing pada 1 April ini.

Kes kembali meningkat

Selain itu, Khairy turut menjelaskan bahawa bagi fasa peralihan endemik ia, ia merupakan sehala yang mana tidak akan ditarik semula meskipun kes kembali meningkat.

“Salah satu perkara yang saya telah menasihati jemaah menteri, sekiranya muncul varian baru yang lebih ganas dari Omicron, bukan sahaja Malaysia tetapi negara lain juga mesti kaji semula pembukaan mereka.

“Tetapi setakat ini, dengan maklumat sedia ada, data yang ada, kita yakin bahawa peralihan ini sehala. Masih lagi boleh diteruskan.

“Tetapi sebagai KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), tidak boleh tolak kemungkinan varian baru atau perubahan dari sifat epidemiologi virus itu, kalau sekiranya kita sudah sampai tahap sistem kesihatan lumpuh, kita akan syorkan langkah tertentu,” katanya

Baca:

Ini cara elak kena denda 300% dengan LHDN, jangan bertangguh

“Kritik orang nyanyi bukan main pedas, diri sendiri punya show biasa je..” – Netizen

Rupanya Haqiem Rusli terbatuk semasa nyanyi live AJL36, ramai tak sedar

[/bg_collapse]