Kantoi !!! Video suami terjah isteri berduaan dengan warga asing dalam kereta

Perkahwinan merupakan bentuk penyatuan dua hati yang dituntut dalam Islam yang mana wanita dan lelaki mula belajar untuk berkongsi kasih sayang dan pandangan tentang seluruh kehidupan mereka.

Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes kecurangan rumah tangga yang berlaku sehingga mendapat liputan media serta hanya dihebohkan dalam kalangan keluarga.

Bertanya tentang siapa yang perlu dipersalahkan, ia tidak adil jika sepenuhnya kepada lelaki. Malah, ia juga turut berpunca daripada kedua-dua belah pihak.

Suami sebak tangkap isteri curang dengan warga asing

Bagaimanapun, terdapat sebuah insiden mengenai kecurangan turut berlaku apabila seorang lelaki berjaya menangkap isterinya yang dikatakan curang bersama seorang lelaki warganegara asing.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna TikTok bernama iejadrunner, kelihatan orang ramai sedang mengerumuni sebuah kenderaan serta ditambah situasi penuh ketegangan.

Difahamkan, ketegangan berlaku apabila seorang suami telah menangkap isterinya yang ketika itu sedang leka berdua-duaan di dalam sebuah kereta di kawasan parkir.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Bukit Rambai, Melaka itu menyebabkan si suami tidak dapat menahan perasaan marahnya sehingga bertindak menengking perbuatan terkutuk isterinya.

Lebih menyanyat hati, si suami juga sempat memetik situasi hubungan mereka yang kini mempunyai anak, namun si isteri seakan-akan tidak memikirkan tentang perkara itu.

@iejadrunnerkantoiiiiiiiiii #fypppppppppppppdonggggggggggg #viralvideo

♬ original sound – iejadrunner

Sedar perbuatan mereka diketahui, si isteri bersama ‘buah hatinya’ hanya berdiam kaku tanpa berkata apa-apa manakala lelaki warga asing itu seakan-akan merayu untuk dilepaskan.

@penmerah.myBalas kepada @mizyanz

♬ bunyi asal – PEN MERAH.MY

Netizen beri pelbagai reaksi

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih tidak diketahui dan berharap agar netizen tidak mudah mencetuskan pelbagai persepsi sehinggalah perkara sebenar diungkapkan.

BACA JUGA : Bukan larangan berleter sahaja, ada lagi sebab lain boleh guru dihukum jika lakukan terhadap pelajar
Toyol Kelantan mengganas !!! Letak duit dalam coli pun dah tak selamat
Majlis Ulama Indonesia keluar fatwa haram beri wang kepada pengemis jalanan