KANTOI : Terlibat Rasuah, Menteri Pertahanan Dipercat Dan Diganti Serta Merta!

“Saya percaya bahawa kementerian memerlukan pendekatan baharu dan format lain untuk berinteraksi dengan kedua-dua tentera

Dan masyarakat secara keseluruhan,” kata presiden Ukraine itu dalam ucapan di ibu kota Kyiv.

Keputusan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras terhadap rasuah di Ukraine, yang menjadi keutamaan Zelensky sekarang.

Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov, dipecat daripada jawatannya dalam satu pengumuman oleh pemimpin negara itu, Volodymyr Zelensky.

Reznikov mengetuai kementerian itu sebelum permulaan pencerobohan berskala penuh Russia pada Februari tahun lalu dan adalah antara sekutu utama Zelensky.

Ketika berucap, Zelensky memberi alasan sudah tiba masanya untuk ‘pendekatan baharu’ di Kementerian Pertahanan, yang memerlukan perubahan pucuk pimpinan.

Keputusan itu dibuat di tengah-tengah tindakan keras terhadap rasuah di Ukraine, yang menjadi keutamaan Zelensky sekarang.

Kyiv sudah pun memohon untuk menyertai Kesatuan Eropah (UE) dan orang ramai menjadi sangat sensitif terhadap rasuah ketika perang semakin memuncak.

“Saya memutuskan untuk menggantikan Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksii Reznikov, yang sudah melalui lebih daripada 550 hari perang,” kata Zelenskiy.

Rustem Umerov, yang kini mengendalikan Dana Harta Negara Ukraine, dicalonkan oleh Zelensky sebagai pengganti Reznikov.

“Saya percaya bahawa kementerian memerlukan pendekatan baharu dan format lain untuk berinteraksi dengan kedua-dua tentera dan masyarakat secara keseluruhan,” kata presiden Ukraine itu dalam ucapan di ibu kota Kyiv.

Media Ukraine membuat spekulasi bahawa Reznikov akan menjadi duta baru Kyiv di London, di mana beliau sudah membina hubungan baik dengan ahli politik kanan negara itu.

Reznikov, 57, menjadi tokoh terkenal sejak permulaan perang di Ukraine.

Menteri Pertahanan Ukraine, Oleksiy Reznikov. - Foto AFP

Beliau turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan kerap menghadiri mesyuarat dengan sekutu Barat Ukraine serta memainkan peranan penting dalam melobi peralatan tambahan ketenteraan.

Bagaimanapun, pemecatannya sudah dijangka sejak minggu lalu apabila Reznikov memberitahu pemberita bahawa beliau sedang melihat jawatan lain dengan presiden Ukraine.

Menurut media Ukraine, bekas Menteri Pertahanan itu memaklumkan jika Zelensky menawarkan peluang kepadanya untuk mengerjakan projek lain, beliau mungkin akan bersetuju.

Seorang ahli Parlimen meramalkan bahawa beliau mungkin dilantik sebagai duta baru Ukraine ke London.

Pemecatannya menamatkan spekulasi media domestik sejak berbulan lalu apabila kementeriannya dituduh membeli makanan pada harga yang tinggi.

Walaupun tidak terlibat secara peribadi dalam kontrak pemberian makanan, beberapa pengulas Ukraine berkata Reznikov sepatutnya mengambil tanggungjawab politik atas apa yang berlaku.

Bulan lalu, sebuah media Ukraine menuduh kementeriannya melakukan rasuah semasa pemerolehan baju sejuk untuk tentera. Reznikov menafikan sebarang salah laku dan berulang kali menegaskan beliau menjadi sasaran kempen fitnah.

Walaupun Reznikov tidak dituduh secara peribadi melakukan rasuah, terdapat beberapa skandal yang membabitkan perolehan di Kementerian Pertahanan berhubung barangan dan peralatan untuk tentera.

Awal tahun ini timbalan Reznikov, Vyacheslav Shapovalov, meletak jawatan berikutan skandal itu. Dilaporkan secara meluas pada masa itu bahawa Reznikov hampir tidak memegang jawatannya sendiri.

Baca Selanjutnya :