Memang susah di zaman sekarang nak cari isteri yang setia sanggup menjaga suami yang lumpuh atau tidak bermaya.
Jika ada isteri seperti itu maka banyak bersyukur.
Pengorbanan wanita di China ini menjaga suaminya yang koma selama sedekad, berbaloi selepas lelaki itu mula sedar, lapor South China Morning Post.
Sun Hongxia, dari wilayah Anhui, enggan berputus asa terhadap suaminya yang tidak sedarkan diri selepas serangan jantung pada 2014.
Dalam klip video, Sun dilihat duduk di sebelah suaminya yang terjaga di atas katil.
Apabila dia mula memberitahunya tentang beberapa tahun yang lalu, dia menangis.
“Walaupun saya sangat penat, saya rasa segala-galanya berbaloi kerana kami disatukan semula,” katanya kepada Dawan News sambil tersenyum menyentuh lembut kepala suaminya.
Katanya, sokongan keluarga terutama anak mereka memberi inspirasi kepadanya untuk terus kuat dan tidak putus asa menjaga suaminya.
“Setiap hari sejak sedekad lalu fikiran saya sentiasa tertumpu kepada suami.
“Saya buat semua ini untuk memastikan suami selesa ketika dia tidak sedarkan diri,” katanya.
Katanya, keadaan suaminya itu memerlukan penjagaan khas kerana bernafas dengan tiub trakeostomi dan tiub khas untuk membuang air kecil.
“Semua itu memerlukan kerja keras dan kesabaran untuk memastikan dia hidup dalam selesa dan bersih.
“Akhirnya semuanya berbaloi apabila matanya kini terbuka sedikit demi sedikit,” katanya.
Dalam pada itu, bapa mentuanya yang berusia 84 tahun bangga dan bersyukur dengan pengorbanan dilakukan wanita itu demi anak lelakinya.
“Walaupun dia cuma menantu saya, tetapi sebenarnya dia lebih baik daripada anak perempuan kandung saya.
“Tiada siapa yang boleh menandinginya,” katanya.
Kisah pasangan itu meraih perhatian di China dan menyentuh hati ramai netizen yang memuji kesetiaan wanita berkenaan.
Baca juga : Ini petanda apa pula sampai Madinah boleh banjir