IPT disarankan mempunyai mekanisme pastikan hasil kerja pelajar tulen, tidak dihasilkan oleh teknologi sepenuhnya

IPT disarankan mempunyai mekanisme pastikan hasil kerja pelajar tulen, tidak dihasilkan oleh teknologi sepenuhnya

Teknologi kecerdasan buatan (AI) hari ini mampu melakukan beberapa tugas manusia yang kompleks, termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan akademik.

Melihat keadaan ini, Profesor Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM, Prof Ts Dr Zuriati Ahmad Zukarnain menyarankan supaya institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai mekanisme untuk memastikan ketulenan hasil kerja pelajar dan tidak dihasilkan sepenuhnya dengan teknologi.

Kata beliau, teknologi sepatutnya sekadar membantu mempermudah tugas dan manusia tidak boleh bergantung segalanya kepada program komputer dan mesin.

“Sebagai pengamal akademik, dalam menghasilkan makalah akademik sepatutnya yang paling penting adalah daya kreativiti, keupayaan menyelesaikan masalah.

“Jadi di peringkat IPT patut ada satu mekanisme untuk pastikan keabsahan ketulenan sesebuah hasil kerja, betul atau tidak ia dihasilkan daripada penyelidikan pelajar atau ia adalah hasil penyumberan luar atau teknologi,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.

Walau bagaimanapun ujar beliau, IPT tidak boleh menolak manfaat teknologi dan sewajarnya mereka meneroka potensi AI untuk membantu penghasilan kajian yang lebih baik secara beretika.

BACA JUGA:

CR7 jaring 4 gol menewaskan Al Wehda, perolehi 503 gol untuk lima kelab berbeza

533 kanak-kanak dari 6 TASKA, 92 TABIKA terima anugerah sijil di kawasan Parlimen Ranau

Hanya berbaki 41 mangsa banjir Pahang di dua PPS